Majlis Dialog medan santuni rakyat

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

KUDAT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Kapor Chong Chin Bin @ Ben Chong mengambil inisiatif menjalanka­n sebuah Majlis Dialog bagi menyantuni penduduk kampung seluruh Kudat.

Menurutnya, untuk kali ini Majlis Dialog yang dijalankan di Kampung Limau-Limauan melibatkan penduduk kampung itu sendiri termasuk Tampakan dan Milau.

“Dialog ini telah lama dirancang dan ia akan diteruskan ke kampungkam­pung seluruh Kudat.

“Dalam majlis kali ini, ketua-ketua jabatan atau wakil dibawa bersama bagi menjawab persoalan yang ingin diajukan oleh penduduk-penduduk kampung.

“Biasanya saya ada membuat perjumpaan yang dinamakan Hari Bertemu Wakil Rakyat Tanjung Kapor tiap sebulan sekali tetapi tidak semua penduduk kampung dapat hadir ke pekan.

“Lalu saya ambil inisiatif dan perhatian penuh dengan membawa jabatan berkaitan untuk datang sendiri ke kampung-kampung berkenaan untuk mendengar permasalah­an dan kemusykila­n penduduk dan mereka akan dapat jawapan secara langsung daripada wakil yang hadir,” katanya.

Antara jabatan yang hadir bersama dalam majlis itu ialah Pejabat Daerah yang dihadiri oleh Pegawai Daerah Sapdin Ibrahim, Jabatan Tanah dan Ukur, Taman-Taman Sabah, Polis Diraja Malaysia Kudat, Jabatan Perikanan Malaysia, Koperasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (KO-NELAYAN) serta Pejabat Penerangan Kudat yang turut hadir sebagai pemerhati.

“Harapan saya agar penduduk-penduduk dari tiga daerah ini tidak berasa terpinggir dan permasalah­an mereka mendapat perhatian secara langsung daripada wakil yang hadir.

“Saya turut berharap, kemajuan dan peningkata­n tahap ekonomi berlaku secara sekata di bandar Kudat dan selaras juga di seluruh kampung-kampung di seluruh Kudat ini.

“Diharapkan tiada lagi rasa terkilan dan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat lagi,” katanya. — Penerangan

CENDERA KENANGAN: Ben Chong menerima cendera kenangan daripada wakil ketiga-tiga kampung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.