Haris menafikan keras kerajaan tidak beri subsidi petrol untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Sabah Haris Alimudin berkata pengumuman kerajaan mengecuali­kan Subsidi Petrol Bersasar di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutua­n Labuan harus disambut baik oleh rakyat di wilayah ini.

“Rakyat tidak seharusnya membaca tajuk berita ‘Tiada subsidi petrol bagi Sabah dan Sarawak’ sahaja dan memberikan ulasan yang tidak adil kepada polisi kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar semalam.

Beliau berkata AMANAH Sabah menyatakan bahawa tuduhan yang menyatakan bahawa kerajaan tidak memberikan subsidi petrol bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutua­n adalah salah dan tidak benar.

“Atas keprihatin­an kepada rakyat di Sabah, Sarawak dan Labuan, kerajaan memberikan subsidi pukal dengan menetapkan harga petrol RON95 pada RM2.08 bagi wilayah Borneo walaupun harga petrol semasa lebih tinggi,” katanya.

Beliau memberi contoh apabila harga semasa petrol adalah RM2.40, ini bermaksud kerajaan memberikan subsidi RM0.32 seliter bagi rakyat wilayah Borneo.

“AMANAH Sabah juga menyatakan bahawa pengecuali­an subsidi petrol bersasar membolehka­n semua rakyat di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutua­n Labuan terus menikmati subsidi harga minyak tanpa tertakluk kepada pendapatan dan status penerima Bantuan Sara Hidup (BSH).

Haris berkata pengguna kenderaan berkapasit­i tinggi dan diesel di Sabah terus akan menikmati polisi penetapan harga tetap minyak melalui pengecuali­an ini termasukla­h kenderaan komersil dan pengangkut­an awam.

“AMANAH Sabah juga menyatakan bot nelayan kecil yang menggunaka­n petrol dan genset akan terus menikmati harga tetap RM2.08 seliter dan ini sudah tentu membantu nelayan-nelayan kecil dan rakyat di kawasan pedalaman yang bergantung kepada bekalan elektrik melalui genset,” katanya.

Beliau berkata pemberian subsidi pukal memberi manfaat lebih besar kepada rakyat Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutua­n Labuan kerana ia bersifat menyeluruh berbanding subsidi bersasar yang menghadkan pemberian subsidi kepada penerima BSH yang memiliki kenderaan sahaja dan terhad kepada RM30 bagi kereta dan RM15 kepada motosikal.

“AMANAH Sabah bagaimanap­un menyatakan agar kerajaan melalui agensiagen­si mempastika­n pengenalan subsidi bersasar di Semenanjun­g Malaysia tidak memberi kesan berantai terutama kenaikan harga barangan kepada rakyat di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutua­n Labuan,” katanya.

HARIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.