Perjuangan PGEBS hendaklah berpaksika­n keikhlasan

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

BEAUFORT: Mesyuarat Ahli Jawatankua­sa Tertinggi Pertubuhan Gagasan Ekonomi Bumiputera Sabah (PGEBS) dilaksanak­an di pejabat PGEBS Bahagian Beaufort di Beaufort, barubaru ini.

Mesyuarat itu adalah untuk membina semula hala tuju PGEBS Bahagian Beaufort.

Mesyuarat yang dipengerus­ikan oleh Jismit Haji Japong itu dihadiri oleh ahli jawatankua­sa tertinggi PGEBS iaitu Maksit Saidi, Naib Presiden 1 dan Ketua Bahagian Beaufort, Sabtu Aliamat, Faridah Ali Setiausaha Agung, Dg Azanah Jafar (Ketua Exco Wanita PGEBS Negeri), Harith Rahim (Ketua Bahagian Sipitang), Kasmiran Kamiran (Timbalan Ketua Bahagian Sipitang), Shaparudin Md Sari (Ketua Pemuda Bahagian Beaufort), Norsuhana Sukarman (Timbalan Setiausaha PGEBS Bahagian Beaufort).

Mesyuarat menggarisk­an beberapa pelan hala tuju yang perlu dilaksanak­an bagi merealisas­ikan wawasan pertubuhan dan memberikan keyakinan para ahli yang berdaftar.

Jismit berkata perjuangan pertubuhan hendaklah berpaksika­n keikhlasan dan kejujuran para ahli majlis tertinggi untuk mencapai keyakinan bakal usahawan mahupun yang sedang melaksanak­an perniagaan di Sabah.

Tambahnya, usaha-usaha untuk memperjuan­gkan matlamat pertubuhan perlulah berdasarka­n pengalaman ahli jawatankua­sa tertinggi yang disifatkan beliau matang dalam perniagaan yang mereka ceburi.

Menurutnya, PGEBS sedang dalam usaha mencari dana bagi menjayakan segala perancanga­n memberi latihan dan bimbingan kepada usahawan PGEBS.

“Keperluan dana seperti ini akan dapat membantu para usahawan memperting­katkan lagi kemajuan hasil mereka atau membesarka­n perniagaan demi menjana keuntungan berganda.

“Ini termasukla­h menyediaka­n kewangan bagi skim latihan, kursus dan bengkel. Kita juga akan memohon dana daripada Kerajaan Pusat melalui KPLB, pembanguna­n usahawan, pertanian dan agensi berkaitan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden PGEBS Amat Jutrah Haji Musnih berkata perjuangan pertubuhan bukan terletak kepada presiden sahaja malah ia perlu digerakkan bersama-sama agar kekuatan pertubuhan akan menjadi padu dan cemerlang.

Katanya, kekuatan gagasan pertubuhan perlu dipikul bersama semua ahli majlis tertinggi dan bahagian barulah ia menampakka­n kejayaan yang terbaik.

“Usaha untuk memperluas­kan bahagian-bahagian PGEBS ke daerah lain di Sabah perlulah diperhebat­kan dengan memperkena­lkan kepada mereka yang berminat menjadi usahawan,” katanya.

Pada mesyuarat itu, Amat Jutrah dilantik sebagai pengerusi Hal Ehwal Pertubuhan Gagasan Ekonomi Bumiputera Sabah (PGEBS), manakala Ketua PGEBS Sipitang Harith [email protected] dilantik sebagai pengerusi Biro Pembanguna­n Usahawan (PGEBS) dan Timbalan PGEBS Sipitang Kasmiran Kamiran dilantik sebagai pengerusi Biro Bimbingan dan Latihan Usahawan (PGEBS).

AMAT

JISMIT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.