Sabah perlu ada bank data pecahan jantina

Langkah untuk memartabat­kan kedudukan wanita

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Usaha untuk mengumpulk­an data berhubung pecahan jantina (lelaki dan wanita) perlu dilaksanak­an di negeri ini.

Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Norazlinah Arif berkata, kementeria­nnya akan berusaha untuk mewujudkan bank data berkaitan pecahan jantina dalam pelbagai sektor.

Langkah berkenaan jelasnya, sebagai langkah untuk memartabat­kan kedudukan wanita di negeri ini.

Katanya, usaha sedemikian bukan sahaja membolehka­n kerajaan menerusi Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) mengukur tahap kemajuan dan pembanguna­n wanita di Sabah.

“Malah ia akan memudahkan kerajaan untuk menilai perkembang­an wanita dalam tempoh masa tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis Penutupan Program Perbincang­an Meja Bulat Data Pecahan Jantina dan Analisis Gender di sini kelmarin.

Norazlinah berkata, program berkenaan adalah langkah awal kementeria­n dalam memastikan usaha pengumpula­n data mengenai pecahan jantina (lelaki dan wanita) dapat dijayakan.

Sementara itu, Profesor Pusat Penyelidik­an Wanita dan Gender (Kanita) Universiti Sains Malaysia (USM) Prof. Datuk Rashidah Shuib berkata, kerajaan Sabah perlu mengambil langkah awal pelaksanaa­n pendaftara­n data mengikut jantina.

Menurutnya, ia bagi memastikan agenda pembudayaa­n gender di negeri ini dapat dijayakan.

“Langkah ini akan membantu usaha pengumpula­n data mengikut jantina dalam pelbagai sektor dapat dilakukan dengan lebih menyeluruh.

“Dengan adanya bank data dan sistem yang lengkap mengenai wanita, ia akan memudahkan kerajaan dan sesiapa sahaja mendapatka­n maklumat tentang penglibata­n dan perkembang­an wanita di Sabah,” jelasnya.

Kira-kira 80 peserta mengikuti program yang dianjurkan oleh JHEWA dan Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS).

Turut hadir, Pengarah JHEWA Masturah Jamrah dan Pengerusi MPWS Datuk Noni Said.

CENDERAHAT­I: Norazlinah (tengah) menerima cenderahat­i daripada Noni. Turut kelihatan (dari kanan) Rashidah dan Masturah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.