Peruntukan lebih untuk usahawan wanita dalam Belanjawan 2020

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

Oleh Siti Aisyah Narudin KOTA KINABALU: Golongan usahawan wanita perlu diberi lebih banyak peruntukan dan geran dalam Belanjawan 2020.

Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) Datuk Noni Said berkata, peranan usahawan wanita khususnya di negeri ini perlu diambil kira dalam peruntukan Belanjawan 2020.

Menurutnya, kerajaan juga seharusnya menyediaka­n lebih banyak program latihan kepada wanita.

Usaha itu katanya, bagi membantu ramai wanita lebih berdikari dan menjana pendapatan sendiri terutama di kawasan luar bandar.

“Kami sentiasa menekankan peranan wanita yang mana kini 51 peratus pengundi di Malaysia terdiri daripada golongan wanita.

“Justeru, kerajaan perlu memberikan peruntukan selayaknya kepada golongan wanita,” katanya.

Noni berkata demikian ketika ditanya mengenai harapan MPWS terhadap Belanjawan 2020 selepas majlis Penutupan Program Perbincang­an Meja Bulat Program Perbincang­an Meja Bulat Data Pecahan Jantina & Analisis Gender di sini kelmarin.

Beliau turut memberi jaminan MPWS akan terus mewakili suara wanita dalam menyampaik­an masalah dihadapi wanita di Sabah kepada pembuat dasar.

Katanya, menjadi penghubung di antara wanita dan kerajaan, MPWS sentiasa menerangka­n mana-mana polisi kerajaan yang memberi manfaat kepada wanita.

“Kami juga mewakili wanita dalam menyampaik­an masalah dan keperluan mereka kepada kerajaan.

Turut hadir, Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Norazlinah Arif yang merasmikan majlis berkenaan.

NONI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.