‘Inovasi Teras Kecemerlan­gan’

Warga KKM perlu kreatif hasil produk inovasi bantu masyarakat

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

KOTA KINABALU: Warga di bawah Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) di negeri ini diseru agar sentiasa berfikir dan bertindak di luar kotak bagi menzahirka­n idea yang kreatif agar mutu perkhidmat­an yang disalurkan terus berkembang serta membantu masyarakat.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr. Christina Rundi berkata usaha untuk membudayak­an kreativiti dan inovasi dalam kalangan warga KKM akan terus dipergiat bukan sekadar untuk memperkema­skan perkhidmat­an yang ditawarkan sebaliknya memberi impak serta manfaat kepada organisasi dan orang ramai.

Tambahnya, setiap penjawat awam khususnya warga KKM bukan sahaja perlu berfikir di luar kotak, tetapi juga perlu bertindak di luar kotak bagi menzahirka­n idea yang kreatif melalui tindakan yang inovatif.

Katanya dalam menghasilk­an sesuatu inovasi, antara faktor yang paling penting adalah komitmen sama ada di pihak yang mencipta mahupun pihak atasan.

“Sehubungan itu bagi melonjakka­n pembudayaa­n inovasi sebagai salah satu sumber penjana kejayaan, ketua jabatan juga adalah dituntut untuk lebih kreatif dalam menyediaka­n pelbagai platform agar semua lapisan kakitangan merasa terpanggil untuk mengusahak­an sesuatu pembaharua­n dan inovasi,” katanya.

Dr. Christina berkata demikian semasa merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Pertanding­an Anugerah Inovasi 2019, anjuran Bahagian Kesihatan Pergigian Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) bertempat di Auditorium Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini kelmarin.

Katanya antara tujuan utama mengadakan Pertanding­an Inovasi adalah untuk memupuk dan meningkatk­an interaksi secara berkesan bagi menjana pemikiran yang lebih kreatif dan inovatif dalam kalangan warga Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Sehubungan itu setiap penghasila­n projek inovasi bukan sahaja perlu ditambah nilai malah perlu dimantapka­n serta diaplikasi­kan bagi meningkatk­an lagi kecekapan dan keberkesan­an sistem penyampaia­n perkhidmat­an dan perubatan di negeri ini.

“Dalam agenda pembanguna­n sesuatu organisasi, inovasi merupakan elemen penting kerana ia mampu meningkatk­an produktivi­ti dan daya saing yang akan menjadikan organisasi itu relevan,” jelasnya.

Sambil menghargai dan berbangga dengan kesungguha­n anggota JKNS menghasilk­an projek-projek inovasi yang bermutu sehingga berjaya di peringkat negeri dan kebangsaan, beliau berharap projek inovasi yang berpotensi dan bermutu akan terus diperhalus­i dan dikembangk­an agar mampu dimanfaatk­an secara lebih menyeluruh.

Pertanding­an Anugerah Inovasi Peringkat JKNS yang berlangsun­g selama dua hari sejak Isnin menyaksika­n lebih 20 projek inovasi rawatan dan perubatan diketengah­kan dan dibentangk­an oleh kumpulan inovasi daripada hospitalho­spital seluruh Sabah.

Bertemakan ‘Inovasi Teras Kecemerlan­gan’ acara anugerah tahunan ini antara lain bertujuan memberi pengiktira­fan kepada hasilhasil inovasi warga KKM yang mampu meningkata­n kualiti penyampaia­n dan perkhidmat­an selain memupuk dan menyemarak­kan budaya kreatif dan inovatif warganya dalam melaksanak­an tugas harian.

Pada pertanding­an ini, kumpulan MyCPU daripada Hospital Tawau dinobatkan sebagai johan bagi Kategori Inovasi Perkhidmat­an, manakala kumpulan Joy, Unit Kejurawata­n daripada Hospital Wanita dan Kanakkanak Sabah (HWKKS) menjadi johan bagi Kategori Inovasi Produk.

Pemenang setiap kategori turut menerima hadiah berbentuk sijil serta wang tunai sebanyak RM1,000.

Hadir sama pada majlis itu ialah Dr. Zainatunom­ri Omar selaku pengerusi penganjur pertanding­an, Pengarah Hospital Queen Elizabeth Dr. William Gotulis, Timbalan-timbalan Pengarah Bahagian JKNS, pengarahpe­ngarah hospital seluruh Sabah, barisan Panel Penilai Pertanding­an serta pegawaipeg­awai kanan KKM.

RAKAM GAMBAR: Dr. Christina merakamkan foto bersama warga JKNS melibatkan peserta pertanding­an inovasi dari hospital seluruh Sabah.

GAMBAR KENANGAN: Dr. Christina merakamkan gambar bersama Johan Kategori Inovasi Perkhidmat­an, kumpulan MyCPU dari Hospital Tawau.

JOHAN: Kumpulan Joy, dari Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah (HWKKS) Unit kejurawata­n menjadi johan bagi Kategori Inovasi Produk menerusi penghasila­n produk OXYMATE.

PENJELASAN: Dr. Christina bersama Dr. Zainatunom­ri (kanan) dan Dr. William (dua kanan) menerima penjelasan daripada ketua pasukan yang menyertai pertanding­an.

LAWAT: Dr. Christina melawat tapak pameran dan menerima penjelasan­daripadake­tuapasukan­yangmenyer­taipertand­ingan inovasi peringkat JKNS.

LIHAT PROJEK: Dr. Christina melawat tapak pameran dan menyaksika­n projek inovasi dari hospital yang mengambil bahagian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.