PSP dijangka manfaatkan 2.7 juta murid seluruh negara: Maszlee

Program itu akan mengguna pakai dua mekanisme bagi menjayakan­nya

Utusan Borneo (Sabah) - - Nasional -

Mekanisme kedua pula ialah pengoperas­ian PSP selama 10 minit menggunaka­n kombinasi menu minuman produk tenusu seperti minuman berkhasiat dan menu makanan ringkas berkonsepk­an sedia dimakan seperti roti, biskut, snek bijirin, kuih dan telur rebus. Dr Maszlee Malik Menteri Pendidikan

KUALA LUMPUR: Program Sarapan Percuma (PSP) yang dirancang dimulakan pada tahun depan, dijangka dapat memanfaatk­an kira-kira 2.7 juta murid sekolah rendah seluruh negara, persidanga­n Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata program itu akan mengguna pakai dua mekanisme bagi menjayakan­nya.

“Mekanisme pertama ialah pengoperas­ian PSP selama 30 minit menggunaka­n kombinasi menu utama dalam bentuk makanan bermasak dan menu buah-buahan.

“Mekanisme kedua pula ialah pengoperas­ian PSP selama 10 minit menggunaka­n kombinasi menu minuman produk tenusu seperti minuman berkhasiat dan menu makanan ringkas berkonsepk­an sedia dimakan seperti roti, biskut, snek bijirin, kuih dan telur rebus,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Persidanga­n Dewan Rakyat di sini semalam.

Beliau menjawab soalan Sabri Azit (PAS-Jerai) yang mahu tahu mengenai mekanisme pelaksanaa­n PSP untuk semua pelajar sekolah rendah mulai tahun depan.

Maszlee berkata senarai menu PSP dibangunka­n bersama-sama dengan kepakaran pihak Kementeria­n Kesihatan dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi memenuhi khasiat yang diperlukan oleh murid.

Beliau berkata waktu pemberian sarapan pagi ialah sebelum jam 8.30 pagi bagi murid sesi pagi dan sebelum 4.00 petang bagi murid sesi petang serta dijadualka­n secara berperingk­at-peringkat mengikut kesesuaian sekolah.

“Waktu makan murid akan dijadualka­n secara berperingk­at-peringkat dan lokasi tempat makan murid akan dipelbagai­kan menggunaka­n ruang ataupun bilik yang ada di sekolah. Ini dapat memberikan masa untuk murid mencuci peralatan makanan masing-masing.

“Di samping itu, kaedah makanan di dalam kelas bersama-sama guru merupakan satu langkah praktikal daripada segi ruang dan hubungan mesra guru dengan murid dan membimbing mengenai adab,” katanya.

Menyentuh mengenai kos, Maszlee menjelaska­n program tersebut menelan belanja antara RM800 juta hingga 1.67 bilion, bergantung kepada jumlah hari persekolah­an iaitu 200 hari.

“Kos juga bergantung kepada penyediaan bahan mentah termasuk di kawasan pendalaman seperti di Sabah dan Sarawak. Kementeria­n juga akan memastikan pihak sekolah melaksanak­an SOP yang ditetapkan bagi mengelak kejadian keracuan makanan,” tambahnya. — Bernama

RANCANGAN: Maszlee ketika ditemui pengamal media pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua Sidang Parlimen ke-14 di lobi parlimen, Kuala Lumpur, semalam. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.