Lebih 700 usahawan terlibat industri madu kelulut di seluruh negara

Utusan Borneo (Sabah) - - Nasional -

KUALA LUMPUR: Seramai 717 usahawan terlibat dalam industri penternaka­n dan pengeluara­n madu kelulut di seluruh negara setakat ini, persidanga­n Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Sim Tze Tzin berkata berdasarka­n rekod Jabatan Pertanian, daripada jumlah tersebut, seramai 20 peserta telah dibantu di bawah Program Agroprenue­r Muda berjumlah RM300,000 dalam bentuk input seperti haif/sarang dan bongkah untuk pemelihara­an dan pengeluara­n madu kelulut.

“Dengan jumlah tersebut, kementeria­n memandang baik cadangan mewujudkan ladang madu kelulut dan menggabung­kan pengusaha kelulut di bawah satu agensi memandangk­an perusahaan ini dilakukan secara individu dan di pelbagai lokasi.

“Walaupun ada kekangan namun kita akan terokai cara yang lebih produktif memandangk­an madu kelulut ini hanya terdapat di empat negara iaitu Malaysia, Brazil, Indonesia dan Filipina,” katanya ketika sesi soal jawab lisan semalam.

Beliau menjawab soalan Shabudin Yahaya (PH-Tasik Gelugor) yang ingin tahu usaha kerajaan dalam meningkatk­an lagi pasaran eksport madu kelulut ke luar negara.

Sim berkata bagi meningkatk­an pengeluara­n madu kelulut dan menarik penyertaan belia dalam industri madu kelulut, kementeria­n turut menyediaka­n peruntukan kepada mereka yang berminat untuk menceburi bidang penternaka­n dan penghasila­n madu kelulut.

“Antaranya di bawah Program Agroprenue­r Muda, peserta daripada golongan belia diberi bantuan, dengan sasaran pengeluara­n minimum sebanyak 25 kilogram sebulan dengan pendapatan sebanyak RM5,000 sebulan.

Menjawab soalan tambahan Shabudin sama ada madu kelulut memenuhi piawaian dan kualiti menembusi pasaran antarabang­sa, Sim menjelaska­n, Jabatan Pertanian sedang di peringkat akhir untuk membangunk­andokumen Skim Pensijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia Pemelihara­an Lebah dan Kelulut yang dikenali sebagai myGAP.AM.

“Skim pensijilan ini bertujuan mengiktira­f ladang yang mengamalka­n amalan pertanian baik dalam pemelihara­an lebah dan kelulut,” tambahnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.