Permohonan Salleh sertai PKR ditentukan Mesyuarat Biro Politik: Wan Azizah

Utusan Borneo (Sabah) - - Nasional -

KUALA LUMPUR: Permohonan bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak untuk menganggot­aiPKRakand­itentukan menerusi perbincang­an dalam Mesyuarat Biro Politik PKR, kata Pengerusi Majlis Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Kita akan pertimbang­kanlah kemasukan (Salleh) sebab dia ada sensitivit­i masing-masing dan walaupun PM (Perdana Menteri) kata tiada salahnya untuk melompat parti, namun ada juga yang merasakan bahawa mungkin kita akan melihat apa yang belakang (tujuan) lompat parti ni kan.

“Kita akan bincangkan sama ada beliau diterima atau tidak. Maksud saya, kami menerima permohonan beliau, diterima sebagai ahli anggota atau tidak itu akan dibincangk­an di (mesyuarat) Biro Politik,” katanya ringkas ketika ditemui di lobi parlimen di sini semalam.

Kelmarin, Ketua Penerangan PKR Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berpandang­an semua anggota PKR harus bersifat terbuka dalam menerima kemasukan tokoh yang dapat memberi manfaat kepada parti. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.