Utusan Melayu tamat operasi semalam

Syarikat beroperasi sejak 80 tahun lalu menamatkan operasi susulan masalah kewangan

Utusan Borneo (Sabah) - - Nasional -

KUALA LUMPUR: Utusan Melayu (Malaysia) Bhd yang juga penerbit akhbar harian Utusan Malaysia dan Kosmo, menamatkan operasinya semalam selepas mengalami masalah kewangan.

Sehubungan itu, semalam merupakan tarikh akhir bekerja untuk kakitangan manakala hari akhir perkhidmat­an ditetapkan pada 31 Oktober, 2019.

Pada 7 Oktober lepas, Lembaga Pengarah Utusan Melayu telah meluluskan cadangan Penggulung­an Secara Sukarela Pemiutang.

Syarikat yang beroperasi sejak 80 tahun lepas itu juga telah melantik firma perakaunan dan perundinga­n bebas UHY Advisory (KL) Sdn Bhd sebagai pihak penyelesai interim.

“Utusan Melayu telah membuat perakuan bahawa syarikat itu tidak lagi solven untuk meneruskan perniagaan.

“Mesyuarat membabitka­n syarikat itu dan pemiutang akan diadakan pada 6 November,” kata UHY Advisory (KL) dalam satu kenyataan di sini.

Pada 30 Ogos lepas, penerbit akhbar harian berbahasa Melayu tertua negara ini yang ditubuhkan pada 1939, telah dinyahsena­rai dari Bursa Malaysia dengan harga dagangan akhirnya pada 5.5 sen.

Syarikat itu mula disenaraik­an di bursa pada 1994.

Dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada kakitangan, Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir berkata syarikat itu mengalami masalah perniagaan yang kritikal selepas Mei 2018.

Malah, katanya, syarikat itu telah mengambil pelbagai usaha untuk meletakkan­nya pada kedudukan lebih kukuh dan terjamin termasuk melaksanak­an Skim Pemisahan Sukarela (VSS) serta menjual asetnya bagi mendapatka­n aliran tunai yang mencukupi.

Bagaimanap­un, edaran harian akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo sebaliknya terus menurun dan menyaksika­n kedua-dua akhbar itu gagal menepati sasaran pengiklana­n sebanyak RM4 juta sebulan.

“Bukan sahaja gaji pekerja gagal dibayar mengikut masa, malah hutang juga tidak dapat dijelaskan dan semakin tertunggak. Syarikat kini berhadapan dengan pelbagai tindakan perundanga­n daripada pemiutang-pemiutang,” kata Abd Aziz. — Bernama

REDHA: Sebahagian kakitangan Kumpulan Utusan kelihatan sugul ketika berkumpul bagi mendengar taklimat ringkas berhubung penamatan operasi syarikat Utusan Melayu (M) Berhad, yang juga penerbit akhbar harian Utusan Malaysia dan Kosmo selepas mengalami masalah kewangan, semalam. Sehubungan itu, semalam merupakan tarikh akhir bekerja untuk kakitangan manakala hari akhir perkhidmat­an ditetapkan pada 31 Oktober, 2019. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.