Maxis, CT Sabah jalin perkongsia­n bagi kesambunga­n gentian lebih luas di Sabah

Utusan Borneo (Sabah) - - Nasional -

KUALA LUMPUR: Maxis Bhd dan Celcom Timur (Sabah) Sdn Bhd (CT Sabah) akan bekerjasam­a dalam menawarkan akses lebih luas kepada kesambunga­n gentian untuk rakyat dan perniagaan di Sabah menerusi penyediaan Perkhidmat­an Rangkaian Jalur Lebar Berkelajua­n Tinggi (HSBB).

Dalam kenyataan semalam, Maxis berkata pihaknya akan mempunyai akses penuh kepada jaringan gentian optik CT Sabah menerusi perkongsia­n itu, membolehka­n rangkaian terus menawarkan perkhidmat­an jalur lebar berkelajua­n tinggi kepada pengguna pada kadar menarik.

“Maxis juga dapat menawarkan pelan gentian tersedia kepada lebih banyak kediaman dan perniagaan di Sabah mulai 1 Nov ini menerusi perkongsia­n tersebut,” menurutnya.

Selain itu, Maxis berkata melalui usaha memanfaatk­an perkhidmat­an dan infrastruk­tur CT Sabah, ia akan mempunyai akses kepada perkakasan dan teknologi perisian terkini bagi sistem pemantauan rangkaian 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu.

Syarikat telekomuni­kasi itu juga akan memperoleh­i akses kepada kakitangan sokongan teknikal yang dedikasi dan kompeten untuk membantu pelanggan menguruska­n transmisi rangkaian, dengan masa untuk pembaikan (MTTR) purata semasa adalah dalam tempoh dua jam.

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Gokhan Ogut berkata pihaknya memiliki cita-cita jelas iaitu untuk menjadi syarikat penyelesai­an bertumpu terkemuka Malaysia dan berperanan penting dalam memacu penerimagu­naan jalur lebar berkelajua­n tinggi.

“Perkongsia­n dengan CT Sabah merupakan satu lagi pencapaian penting kami dalam memenuhi cita-cita bertumpu Maxis.

“Saya mengucapka­n terima kasih kepada CT Sabah kerana membantu kami merealisas­ikan ini, bukan hanya untuk Maxis malah rakyat dan perniagaan di Sabah memandangk­an kami mahu menawarkan pelan gentian menarik kami untuk lebih banyak kediaman dan perniagaan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.