Pecah monopoli padi dan beras perkasa usahawan Bumiputera: MTEM

Utusan Borneo (Sabah) - - Nasional -

KUALA LUMPUR: Hasrat kerajaan memecahkan monopoli Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) mesti dilakukan secara adil, dengan perkongsia­n hak lesen import (AP) kepada pengilang dan pemborong Bumiputera, dan bukan hanya kepada pemain industri besar milik bukan Bumiputera.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) Ahmad Yazid Othman, pihaknya berharap syarikat yang mengambil alih tanggungja­wab BERNAS mesti berpengala­man dan mampu membawa kedudukan yang lebih baik kepada petani khususnya, serta rakyat Malaysia.

“Syarikat tersebut mestilah telah lama terlibat dalam industri padi beras dan bukan salah satu anak syarikat BERNAS,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Ahmad Yazid menegaskan bahawa pengagihan kuota AP harus dilaksanak­an secepat mungkin bagi memastikan pengambila­n secara menyeluruh atau bersama-sama dapat berjalan lancar tanpa merugikan mana-mana pihak, terutama kerajaan.

“Tempoh pengukuran mesti melebihi dua tahun bagi melihat keberkesan­an dan kestabilan perjalanan operasi syarikat-syarikat yang diberi amanah,” katanya.

Ahmad Yazid turut mencadangk­an agar pada fasa akhir tahun ini , pelbagai perkara perlu dilaksanak­an bagi menjamin keberkesan­an peralihan.

Ia termasuk syarikat yang berdaya saing serta berpengala­man luas mampu memikul tanggungja­wab yang diberikan seperti pemasaran dan pengurusan berskala besar bagi memastikan kepentinga­n pemegang kepentinga­n terjamin.

“Sekiranya ini dapat dilaksanak­an, industri padi dan beras negara pasti akan berkembang maju, dan akan menjamin keselamata­n makanan yang sebenar serta meningkatk­an penglibata­n usahawan Bumiputera dalam industri yang paling asas dan penting bagi Malaysia,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.