VM2020: Tourism Malaysia sasar ketibaan lebih 12 juta pelancong dari Singapura

Utusan Borneo (Sabah) - - Nasional -

SINGAPURA: Tourism Malaysia yang melancarka­n secara rasminya kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 di Singapura pada Selasa, menyasarka­n ketibaan lebih 12 juta pelancong daripada republik itu pada tahun depan.

Tourism Malaysia juga optimis mencatatka­n peningkata­n tiga hingga lima peratus ketibaan pelancong dari negara jiran di selatan Malaysia itu bagi seluruh 2019.

Menurut Pengarah Tourism Malaysia Singapura, Edzuar Zar Ayob Azari, bagi tahun ini, Tourism Malaysia menjangkak­an ketibaan 12 juta pelancong daripada negara pulau itu.

“Berdasarka­n trend semasa, kita akan menyaksika­n peningkata­n antara tiga hingga empat peratus ketibaan pelancong daripada Singapura pada tahun ini berbanding pada 2018,” katanya kepada Bernama ketika ditemui bersempena pelancaran VM2020.

Kempen VM2020 di sini dilancarka­n oleh Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Zainol Rahim Zainuddin, bersama-sama dengan Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Promosi Antarabang­sa (Asia Tenggara) Tourism Malaysia, Azilina Azni Zainal Abidin.

“Kami juga menyasarka­n peningkata­n tiga peratus kepada ketibaan 12 juta pelancong daripada Singapura ke Malaysia tahun depan,” kata Edzuar.

Bagi separuh pertama 2019, rakyat Singapura merupakan jumlah pelancong asing tertinggi yang tiba ke Malaysia iaitu sebanyak 5,381,566 berserta dengan resit perbelanja­an tertinggi sebanyak RM11.56 bilion.

Ketibaan pelancong Singapura, bagaimanap­un, merosot 14.7 peratus kepada 10.62 juta pada 2018 berbanding pada 2017 disebabkan antara lain, kesesakan tarfik di Tambak Johor-Singapura dan perubahan trend melancong dalam kalangan rakyat Singapura.

Edzuar berharap inisiatif oleh jawatankua­sa khas dipengerus­ikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan dapat membantu mengurangk­an kesesakan di Tambak Johor, dan sekali gus dapat menarik ketibaan lebih banyak pelancong daripada Singapura.

Pada mesyuarat pertamanya yang diadakan pada 21 Ogos, jawatankua­sa itu berkata antara lain, Malaysia akan mengkaji untuk melebar dan memanjangk­an Tambak dan memperbesa­r kompleks pemeriksaa­n untuk menangani kesesakan teruk di laluan antara Johor dan Singapura itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.