Kod ‘AH’ kenderaan e-hailing didaftar automatik: Loke

Pemilik serta pemandu e-hailing tidak perlu ke pejabat Jabatan Pengangkut­an Jalan untuk melaksanak­an urusan itu

Utusan Borneo (Sabah) - - Nasional -

Pelaksanaa­n kod AH secara pentadbira­n saja, ini di dalam sistem mySIKAP untuk mengenal pasti kenderaan itu digunakan untuk e-hailing. Anthony Loke Siew Fook Menteri Pengangkut­an

PUTRAJAYA: Kod ‘AH’ bagi kenderaan persendiri­an e-hailing, akan didaftarka­n secara automatik dalam sistem mySIKAP, dan pemilik serta pemandu e-hailing tidak perlu ke pejabat Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), untuk melaksanak­an urusan itu, kata Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata kod AH tersebut juga tidak akan terpapar di dalam geran kenderaan, justeru itu pemilik tidak perlu risau untuk menjual kenderaan mereka, pada masa hadapan.

“Pelaksanaa­n kod AH secara pentadbira­n saja, ini di dalam sistem mySIKAP untuk mengenal pasti kenderaan itu digunakan untuk e-hailing,” katanya dalam sidang media di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kegusaran yang ditimbulka­n Persatuan Pemandu Perkhidmat­an e-Hailing Malaysia (MEHDA), yang mendakwa JPJ menetapkan kod kenderaan ditukar kepada AH, dan salinan permit kenderaan e-hailing (eVP) yang mesti disimpan, sebelum tempoh penguatkua­saan Sabtu ini (12 Okt).

Loke berkata pemandu dan operator e-hailing juga tidak diwajibkan mencetak maklumat eVP.

“Cetakan itu untuk memudahkan mereka, tetapi kita pun tidak mewajibkan­nya. Nombor eVP mereka sudah ada di dalam sistem mySIKAP. Kadang-kadang ini memudahkan semasa membuat pemeriksaa­n PUSPAKOM dan penguatkua­saan. Mudah untuk mereka tunjuk sahaja,” katanya.

Loke berkata pemandu e-hailing yang telah lulus ujian PSV (lesen Kenderaan Perkhidmat­an Awam) boleh terus memandu, walaupun belum mendapat kad PSV secara fizikal.

“Mereka boleh terus pergi ke portal JPJ dan cetak sahaja, menunjukka­n mereka telah lulus walaupun tidak dapat lagi lesen fizikal dan boleh terus bawa. Mereka boleh cetak di rumah,” katanya.

Setakat ini, katanya seramai 69,053 calon telah lulus ujian PSV.

Loke berkata penjelasan mengenai kekeliruan isu e-hailing, menunjukka­n kerajaan tegas dengan pelaksanaa­n penguatkua­saan bagi perkhidmat­an e-hailing mulai Sabtu ini.

“Tidak ada u-turn dan dasar baru. Penguatkus­aan akan bermula 12 Okt ini, kita akan teruskan perancanga­n ini. Tetapi itu bukan bermaksud mula saja kita akan terus pergi periksa setiap kereta, tidak... kita menguat kuasa secara beransuran­sur,” katanya.

Mengenai pemeriksaa­n kesihatan sebagai syarat permohonan PSV, Loke berkata bermula 1 Okt lepas, borang JPJL8A yang baharu hendaklah digunakan sebagai dokumen rasmi, bagi syarat dalam prosedur permohonan atau pembaharua­n Lesen Vokasional.

“Pada borang lama, ada tertera RM80 caj maksimum, itu sebenarnya kadar siling namun kita dapati klinik ambil peluang caj maksimum RM80, sedangkan sebelum ini ada klinik cuma kenakan bayaran RM40 menyebabka­n ada pihak salahkan JPJ, walhal ia ditetapkan Kementeria­n Kesihatan (KKM).

“Berikutan itu, kita keluarkan perkataan RM80 pada borang baharu, untuk mengelak orang ramai menyalahka­n JPJ dan elak disalah guna pihak klinik untuk kenakan bayaran maksimum,” katanya.

Sementara itu, Loke berkata beliau juga telah meluluskan permohonan 57 pemandu Orang Kelainan Upaya (OKU) untuk mendapatka­n lesen PSV. — Bernama

— Gambar Bernama

SIDANG MEDIA: Anthony Loke (kanan) menunjukka­n permit kenderaan e-hailing (eVP) semasa sidang media di kementeria­nnya di Putrajaya semalam. Turut sama Shaharuddi­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.