Pekerja Utusan boleh mohon bantuan SIP PERKESO: Kula Segaran

Utusan Borneo (Sabah) - - Nasional -

KUALA LUMPUR: Pekerja Utusan Melayu (Malaysia) Berhad (Utusan) yang diberhenti­kan dari segi undangunda­ng boleh memohon bantuan daripada Sistem Insurans Pekerjaan di bawah Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO).

Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran berkata SIP bertindak sebagai jaminan sosial yang bertujuan membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan dengan memberikan bantuan kepada mereka.

SIP ini adalah satu sistem insurans pekerjaan, di mana selama enam bulan (selepas diberhenti­kan) mereka (pekerja) akan diberikan beberapa bayaran gaji.

“Ketika itu, SIP juga akan membantu mencari kerja alternatif, mereka juga akan mendapatka­n majikan untuk menemu duga pekerja berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini semalam.

Beliau mengulas laporan berita tentang Utusan yang secara rasmi menamatkan operasinya ekoran masalah kewangan.

Hari bekerja terakhir bagi pekerja Utusan Melayu ialah semalam manakala hari terakhir perkhidmat­an ialah pada 31 Oktober. Utusan merupakan penerbit akhbar harian berbahasa Melayu yang tertua di negara ini.

Dalam kenyataan kelmarin Utusan berkata ia akan akan melepaskan 70 peratus pegangan dalam anak syarikatny­a Dilof Sdn.Bhd. kepada Aurora Mulia Sdn. Bhd.

Dilof merupakan pemegang permit bagi penerbitan dua akhbar berbahasa Melayu iaitu Utusan Malaysia dan Kosmo.

Sementara itu, Kula Segaran meminta pengurusan Utusan supaya menimbangk­an kembali keputusann­ya untuk menghentik­an operasi.

Beliau berkata syarikat akhbar itu harus mencari jalan penyelesai­an alternatif yang lain kerana keputusan itu menjejaska­n kehidupan pekerjanya.

“Saya harap pihak pengurusan Utusan akan menimbang semula (mentutup operasi), mungkin ada pihak lain yang boleh mengambil alih syarikat itu,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.