16 finalis berentap di pentas separuh akhir Bintang Sandakanfm 2019/2020

Utusan Borneo (Sabah) - - Hiburan - Oleh Noorasvill­a Muhamma

Seramai 16 finalis bakal berentap di pentas separuh akhir Bintang Sandakanfm 2019/2020 di Pentas Utama Pasaraya Besar Mydin Sejati Ujana di sini pada Sabtu ini. Kesemua finalis terdiri daripada tujuh lelaki dan sembilan wanita itu adalah antara 80 peserta yang telah menghadiri sesi ujibakat yang diadakan pada Mac lalu. Penerbit Bintang Sandakanfm 2019/2020, Norkia Yusuf berkata pentas separuh akhir itu diadakan bagi memilih enam peserta yang layak ke pertanding­an akhir. Menurutnya, pertanding­an akhir itu dijangka akan berlangsun­g pada 22 Februari tahun depan di Dewan Masyarakat Sandakan. Bintang Sandakanfm yang dianjurkan sejak tahun 2005, merupakan salah satu pertanding­an nyanyian anjuran Stesen Radio Sandakanfm bagi mencungkil bakat-bakat baharu dalam kalangan belia untuk diketengah­kan ke peringkat lebih tinggi. Sebelum ini pertanding­an berkenaan telah diadakan secara dwi tahunan, bagaimanap­un bermula tahun ini, ia dianjurkan pada setiap tahun. Penerbit Bersama Bintang Sandakanfm 2019/2020 pada kali ini ialah Mohd Shafizan Latif ataupun Abam Shaff. Sehubungan itu, orang ramai dipelawa datang beramai-ramai untuk memeriah dan menyaksika­n pentas Separuh Akhir Bintang Sandakanfm 2019/2020.

NORKIA YUSUF

TURUT TERLIBAT: Penerbit Bersama Bintang Sandakanfm 2019/2020, Abam Shaff.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.