Faizal Tahir antara penghibur di Konsert Rakyat sempena ulang tahun TYT, Sabtu ini

Utusan Borneo (Sabah) - - Hiburan -

Penyanyi terkenal tanah air, Faizal Tahir akan membuat persembaha­n khas pada Konsert Rakyat sempena Ulang Tahun Ke83 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Menurut kenyataan media Unit Komunikasi Awam Sarawak, konsert yang dijadualka­n berlangsun­g pada 12 Oktober ini akan bermula jam 8 malam di Coco Cabana Miri. Penyanyi dan komposer berusia 40 tahun itu telah mengeluark­an album terbaru bertajuk ‘Rojak’. Sejak memulakan kerjaya muzik pada 2004, Faizal menghasilk­an empat album studio iaitu ‘Aku.Muzik.Kamu’ pada 2007, ‘Adrenalin’ (2010), ‘Faizal Tahir’ (2013) dan ‘Anatomi’ (2016). Selain Faizal Tahir, konsert anjuran Kerajaan Sarawak itu akan turut menampilka­n beberapa artis tempatan Sarawak. Antaranya adalah Ricky Andrewson, Melissa Francis, Firdaus Materang, Bibiyanti, Dreamage, D’ Voice, Norafizah Busman, Raquel Then, Siti Hajar dan Kumpulan Tuku Kamek. Orang ramai juga akan turut dihiburkan dengan persembaha­n tarian moden dan tradisiona­l. Sehubungan itu, orang ramai terutama peminat Faizal Tahir dipelawa datang beramai-ramai dan tidak melepaskan peluang menyaksika­n persembaha­n secara langsung oleh penyanyi terbabit.

BAKAL MENGHIBURK­AN: Faizal Tahir akan tampil membuat persembaha­n di Coco Cabana pada Konsert Rakyat yang dijadualka­n berlangsun­g pada Sabtu ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.