Siasatan terhadap Trump tidak sah: Rumah Putih

Utusan Borneo (Sabah) - - Hiburan -

NEW YORK: Rumah Putih tidak akan memberikan kerjasama berhubung siasatan terhadap Presiden Donald Trump kerana menyifatka­n tindakan itu sebagai “tidak sah dan tidak mengikut perlembaga­an”, lapor agensi berita Turki Anadolu.

Perkara itu dimaklumka­n menerusi surat yang dihantar kepada Demokrat kelmarin.

Surat setebal lapan muka surat itu antara lain mengatakan tiada keperluan untuk mengadakan siasatan dan tindakan itu tidak tertakluk dalam Perlembaga­an Amerika Syarikat (AS).

“Presiden tidak melakukan sebarang kesalahan dan Demokrat tahu tentang itu,” kata setiausaha akhbar Rumah Putih Stephanie Grisham dalam satu kenyataan.

“Tindakan itu adalah penghinaan kepada Perlembaga­an – kerana menafikan hak presiden untuk memanggil saksi, memperoleh akses kepada bukti.”

Surat yang ditulis peguam Trump, Pat Cipollone, menuduh Parti Demokrat berusaha “membatalka­n keputusan” pilihan raya 2016 sambil cuba merosakkan peluang Trump untuk dipilih semula pada 2020.

Pada 24 September Demokrat mahu menjalanka­n siasatan terhadap Trump berikutan terdapat maklumat mengatakan presiden itu berulang kali menekan Ukraine untuk campur tangan dalam pilihan raya presiden 2020.

Sementara itu, pada 25 Julai lalu menerusi perbualan telefon dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky, Trump berulang kali menekan Zelensky untuk menyiasat bekas Naib Presiden Joe Biden dan anaknya, Hunter, atas dakwaan rasuah yang tidak berasas.

Biden adalah calon utama Demokratik yang akan menyertai pilihan raya presiden tahun depan, merupakan pencabar politik utama Trump.

Trump, wakil rakyat Republikan berulang kali menafikan beliau melakukan salah laku dan menuduh Demokrat hanya membuang masa. — Bernama

— Gambar Reuters

ANUGERAH PINGAT: Trump menganuger­ahkan Pingat Presiden bagi Kebebasan kepada bekas Peguam Negara Edwin Meese di Rumah Putih di Washington, Amerika Syarikat kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.