Tiga kolej kediaman jayakan Program Santai Puisi dan Town Hall

Utusan Borneo (Sabah) - - Hiburan -

KOTA KINABALU: Kediaman Ecopark, Kolej Kediaman 1 Borneo dan Kolej Kediaman Antarabang­sa Kingfisher barubaru ini bersama-sama memeriahka­n dan menjayakan program-program yang julung kalinya diadakan iaitu Program Santai Puisi Bersama Sasterawan Negara 2019 dan Sesi Town Hall Bersama Menteri Pendidikan Malaysia.

Penglibata­n ketiga-tiga Kolej Kediaman ini adalah melalui Pengurusan Kolej Kediaman dan juga barisan kepimpinan JAKMAS bagi sesi 2019/2020.

Program Santai Puisi Bersama Sasterawan Negara 2019 menampilka­n dua nama besar sasterawan Malaysia yang diraikan iaitu Datuk Kemala dan Dato’ Zurinah Hassan.

Terdapat pelbagai pengisian yang disediakan sepanjang program tersebut antaranya termasukla­h persembaha­n puisi daripada pelbagai individu kenamaan dan program itu juga dihadiri oleh beberapa tetamu jemputan khas antaranya termasukla­h Timbalan Naib Canselor Penyelidik­an dan Inovasi UMS, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Negeri Sabah serta beberapa Menteri Negeri Sabah.

Di samping itu juga, pengurusan dan JAKMAS bagi ketiga-tiga Kolej Kediaman ini juga turut sama terlibat di dalam sesi Town Hall bersama Menteri Pendidikan Malaysia.

Sepanjang sesi itu berlangsun­g terdapat pelbagai amanat yang disampaika­n kepada kesemua warga UMS khususnya dalam kerjasama berpasukan bagi membawa UMS ke persada antarabang­sa dan menggunaka­n segala kelebihan yang dipunyai oleh UMS dalam membangunk­an UMS dari semasa ke semasa.

Menteri Pendidikan Malaysia Dr Maszlee Malik juga turut menekankan akan kepentinga­n budaya membaca dan mahasiswa yang serba boleh dan berpengeta­huan dalam usaha memastikan kebolehpas­aran graduan UMS akan bertambah baik di masa hadapan.

“Jalinan kerjasama di peringkat antarabang­sa juga penting buat UMS khususnya dalam membawa universiti ini terus bergerak ke hadapan di peringkat nasional dan antarabang­sa,” katanya.

(Gambar atas) ALBUM: Sesi bergambarb­ersamaduaT­okoh Sasterawan Negara Datuk Kemala dan Dato’Zurinah Hassan serta semua yang hadir.

(Gambar kanan) JAKMAS: Sesi bergambar bersama Pengetua Wijaya Kamal Ramlan, Timbalan Pengetua Kolej Kediaman 1 BorneoNorh­anieyatiNo­rhaizat serta kepimpinan JAKMAS Kediaman Ecopark, KK1B dan KKAKF Sesi 2019-2020.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.