ECO-VG budayakan amalan kesukarela­wanan kalangan mahasiswa

Utusan Borneo (Sabah) - - Hiburan -

KOTA KINABALU: Kediaman Ecopark buat julungjulu­ng kalinya mengambil inisiatif untuk menubuhkan satu kelab kesukarela­wanan di bawah Exco Kemasyarak­atan dan Sukarelawa­n JAKMAS Kediaman Ecopark, baru-baru ini.

Penubuhann­ya adalah cetusan idea Pengetua Kediaman Ecopark sendiri Wijaya Kamal Ramlan dalam usaha membudayak­an amalan kesukarela­wanan dalam kalangan mahasiswa-mahasiswi khususnya di Kediaman Ecopark itu sendiri.

Fokus kelab ini adalah untuk memberi sumbangan kepada masyarakat setempat khususnya yang tinggal di Taman Ekologi Ecopark itu sendiri.

Di samping itu, kelab ini juga akan bergerak bagi memberikan sumbangan di peringkat UMS dan juga di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu melalui kerjasama dengan agensi-agensi tempatan dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) di sekitar kawasan Kota Kinabalu.

Kelab ini menggunaka­n nama Ecopark Volunteer Group (Eco-VG) sebagai identiti kelab kesukarela­wanan yang terdiri daripada 20 pelajar dan juga JAKMAS Kediaman Ecopark sesi 2019/2020.

Bermula dari bulan Oktober 2019, terdapat pelbagai pengisian program yang disusun dan baru-baru ini Eco-VG memulakan aktiviti kesukarela­wanan mereka dengan melakukan aktiviti gotong-royong dan mengutip sampah di kawasan sekitar Taman Ekologi Ecopark.

Ia akan menjadi acara mingguan bagi kelab ini dalam usaha bekerjasam­a dengan masyarakat di sana dan mewujudkan suasana yang sihat dan harmoni dari semasa ke semasa.

Usaha ini disambut baik oleh masyarakat setempat di sana dan mereka melihat ia bertepatan dengan slogan Kementeria­n Pendidikan Malaysia iaitu ‘Universiti Untuk Masyarakat’.

PERJUMPAAN: Sesi perjumpaan EcoparkVol­unteer Group (Eco-VG) bersama-sama dengan pengetua dan JAKMAS Kediaman Ecopark.

ALBUM: Sesi bergambar pengetua Kediaman Ecopark dan EcoVG setelah selesai aktiviti mengutip sampah dan bergotongr­oyong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.