iLEC 2019 platform cari idea baharu hadapi cabaran 4IR

Utusan Borneo (Sabah) - - Iklaneka -

NILAI: Persidanga­n Antarabang­sa Bahasa dan Pendidikan (iLEC) 2019 yang bermula semalam menjadi platform bagi mencari idea-idea baharu selain persiapan menghadapi cabaran kemajuan industri serta teknologi.

Pengarah iLEC 2019 Dr Habibah Ismail dalam kenyataan di sini berkata penganjura­n persidanga­n tahun ini dengan tema ‘Bahasa dan Pendidikan Dalam Mendepani Cabaran 4IR’ juga bertujuan membina rangkaian global dalam kalangan para ilmuan dan ahli akademik.

“Melalui persidanga­n ini, peserta boleh saling bertukar gagasan, ilmu, pengalaman dan pada masa yang sama mengeratka­n lagi kerjasama dalam kalangan para ilmuan, ahli akademik, penyelidik dan pelajar dari seluruh dunia bagi meninjau ilmu, teori, teknik dan strategi terkini dalam bidang bahasa dan pendidikan demi menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajar­an secara menyeluruh pada era 4IR yang mencabar.

Ia merupakan anjuran Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Universita­s Muhammadiy­ah Yogyakarta (UMY), Indonesia dan WorldConfe­rences.net serta merupakan persidanga­n dwitahunan sejak dimulakan pada 2013. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.