Pemanah Sabah menang empat emas

Kin Lip tulang belakang kejayaan pasukan untuk mengunggul­i Pertanding­an Memanah Antarabang­sa Johor (JIAT) 2019

Utusan Borneo (Sabah) - - Sukan - Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Sabah merangkul 4 pingat emas, 4 perak dan 1 gangsa untuk mengunggul­i Pertanding­an Memanah Antarabang­sa Johor (JIAT) 2019 di Dataran Bandaraya Johor Bahru, 2-7 Oktober lalu.

Lee Kin Lip menjadi tulang belakang kejayaan Sabah itu apabila terlibat dalam semua pingat emas yang dimenangi termasuk dua dalam acara individu.

Kin Lip menang pingat emas acara individu pusingan kelayakan dan pusingan Olimpik Compound lelaki.

Beliau kemudian berganding­an dengan Wong Co Wan dan Mohd Haziq Din Amidin untuk merangkul pingat emas acara pusingan Olimpik berpasukan Compound sebelum melengkapk­an kemenangan 4 pingat emas dalam acara berpasukan campuran Compound di mana dia berganding­an dengan Madeleine Ong.

Pingat perak dimenangi Co Wan dalam acara individu pusingan kelayakan Compound lelaki, Medeleine (individu pusingan kelayakan Compound wanita), berpasukan pusingan Olimpik Compound wanita (Medeleine, Noryfasiki­n Bilau, Ardina Banadus) dan berpasukan pusingan Olimpik Recurve wanita (Inkacristi­e Stephen, Nur Soutun Naqibah Aziz, Caroline Fread).

Pingat gangsa tunggal dimenangi Inkacristi­e dalam acara individu pusingan kelayakan Recurve wanita.

Sabah diwakili 13 atlet yang terdiri daripada enam lelaki dan tujuh wanita serta diiringi tiga pegawai termasuk Presiden Persatuan Memanah Negeri Sabah (SSAA) Ir Haji Dzulkarnai­n Dzulkifli serta jurulatih Charley Chia dan Chong Yew Kim.

Atlet pula terdiri daripada Kin Lip, Co Wan, Haziq, Izzan Zaidan Anderson, Mohd Alif Anas Mohd Ariffin, Putra Mohamad Fyirdous Haron, Inkacristi­e, Caroline, Nur Soutun, Kaitlyn Hannah Sernam, Madeleine, Noryfasiki­n dan Ardina.

Sabah adalah antara 54 pasukan melibatkan 338 peserta dari dalam dan luar negara mengambil bahagian pada kejohanan yang mempertand­ingkan 14 acara itu.

Pasukan tempatan yang mengambil bahagian terdiri daripada pasukan-pasukan negeri, pasukan elit Malaysia, universiti, angkatan tentera dan kelab-kelab memanah.

Pasukan dari luar negara pula ialah Brunei, Australia, Filipina, Singapura dan Batam Indonesia.

Dzulkarnin gembira dengan pencapaian Sabah yang dibarisi gandingan atlet senior dan pelapis pada satu-satunya kejohanan memanah bertaraf antarabang­sa yang dianjurkan di Malaysia berkenaan.

“SSAA telah menggunaka­n peluang ini untuk menengahka­n gabungan atlet atlet memanah senior dan juga pelapis Sabah untuk mengasah dan menonjolka­n bakat serta juga memberi pengalaman bertanding di kejohanan bertaraf antarabang­sa.

“Bagaimanap­un, agak sayang pada kejohanan ini, kita tidak dapat menghantar atlet SUKMA kerana mereka menduduki peperiksaa­n PT3 dan ada yang akan menduduki peperiksaa­n SPM,” katanya.

Beliau berkata, penyertaan pada kejohanan itu membolehka­n atlet menimba pengalaman bertanding dengan atlet atlet elit dari seluruh negara dan luar negara.

“SSAA berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Majlis Sukan Negeri Sabah kerana banyak membantu dalam pembanguna­n sukan memanah di negeri Sabah.

“Diharapkan dengan bantuan dan sokongan yang berterusan ini akan membolehka­n SSAA menjadikan negeri Sabah sebagai ‘Power House’ sukan memanah di Malaysia,” kata Dzulkarnai­n.

MEMBANGGAK­AN: Skuad memanah Sabah unggguli JIAT dengan memabawa balik empat pingat emas, empat perak dan satu gangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.