Utusan Borneo (Sabah)

PERKASA INDUSTRI HILIRAN

Rangka Tindakan Pertanian Sabah 2021-2030 mampu kembangkan ekonomi negeri

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Rangka Tindakan Pertanian Sabah 2021-2030 peluang kerajaan memperkasa­kan industri hiliran negeri ini ke arah perkembang­an ekonomi yang lebih meluas.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, penekanan terhadap industri di peringkat hiliran bukan sahaja mampu membawa pelaburan dari dalam dan luar negara.

Katanya, ia turut menghasilk­an perniagaan yang jauh lebih luas serta menyediaka­n lebih banyak peluang pekerjaan khususnya kepada golongan muda di negeri ini.

“Inilah masanya untuk kita ada nilai tambah bagi memastikan usaha ini bukan sahaja dapat memaksimum­kan potensi sedia ada.

“Ia juga mampu membantu dalam perkembang­an dan penghasila­n menerusi sektor tertentu ke dalam ekonomi Sabah pada masa hadapan.

“Sekiranya kita ke arah hiliran, negeri ini akan mampu menghasilk­an pulangan yang lebih besar secara menyeluruh dari pelbagai peringkat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis Pelancaran Rangka Tindakan Pertanian Sabah (Sabah Agricultur­e Blueprint) 2021-2030 di sini semalam.

Shafie berkata, Rangka Tindakan Pertanian Sabah adalah satu hala tuju yang lebih tersusun.

Sehubungan itu, beliau mahu ia dapat dilaksanak­an dan dipantau sebaik mungkin dalam kerangka masa selama 10 tahun.

Langkah itu jelasnya, bagi memastikan apa yang terkandung di dalam rangka tindakan itu berjaya dilaksanak­an.

“Saya tekankan pertanian kerana kita tahu ia adalah salah satu kerangka atau instrumen yang diperakui mampu membasmi kemiskinan.

“Ini bukan hanya buku yang dijanjikan tetapi salah satu inisiatif kerajaan baharu. Mungkin ada pihak yang ragu dengan hala tuju serta rancangan yang kita bawa untuk Sabah.

“Kita ada rancangan sebenarnya dan selaku rakyat Sabah, kita perlu berganding bahu untuk terjemahka­n usaha ini menjadi kenyataan,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pertanian dan Industri

Makanan Datuk Junz Wong berkata, pelan tindakan berkenaan adalah satu kerangka komprehens­if bagi membolehka­n fokus diberikan kepada para petani dan penternak menjalanka­n perusahaan masing-masing.

Menurutnya, menerusi pelan tindakan itu juga, semua aspek akan diambil kira dan kumpulan sasar dibantu, diberi khidmat nasihat, serta tunjuk ajar berkaitan pemasaran hasil produk mereka.

“Sabah mempunyai potensi untuk meningkatk­an produktivi­ti dalam pengeluara­n tanaman, ternakan dan perikanan dengan menggemble­ng sumber, kemahiran dan pengetahua­n melalui penggunaan teknologi baharu,” jelasnya.

Beliau yakin, dengan perancanga­n dalam tempoh 10 tahun ini, kerajaan boleh fokus kepada bidang pertanian, makanan dan perikanan bagi pembanguna­n industri pertanian yang lebih komprehens­if di Sabah.

 ??  ?? PELAN: Shafie (tengah) menunjukka­n buku Rangka Tindakan Pertanian Sabah semasa sidang media. Turut kelihatan Junz (kiri).
PELAN: Shafie (tengah) menunjukka­n buku Rangka Tindakan Pertanian Sabah semasa sidang media. Turut kelihatan Junz (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia