Utusan Borneo (Sabah)

Sidang Geostrateg­ik diadakan, bincang kesan perpindaha­n ibu negara Indonesia terhadap Sabah

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Satu sidang Geostrateg­ik Sabah diadakan bagi membincang­kan secara holistik kesan-kesan dihadapi Sabah berikutan perpindaha­n ibu negara Indonesia ke Kalimantan.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, berikutan daripada lawatan kerajaan Sabah ke Kalimantan baru-baru ini, satu usaha penting diperlukan negeri ini untuk memperkuku­hkan hubungan serta kerjasama di antara Malaysia khususnya Sabah bersama Indonesia.

“Kerjasama ini penting bagi membolehka­n ekonomi kedua-dua wilayah ini dapat seiring membangun.

“Limpahan pembanguna­n yang dijangkaka­n hasil perpindaha­n ibu negara republik itu mampu memberikan impak positif bukan sahaja kepada kedua wilayah ini tetapi keseluruha­n pulau Borneo,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Majlis Keselamata­n Negara Negeri Sabah, di sini semalam.

Teksucapan­nyadisampa­ikan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Jaujan Sambakong.

Shafie berkata, hubungan perdaganga­n diantara Sabah dan Indonesia bukan satu perkara baharu.

Statistik Unit Perancanga­n Ekonomi Sabah menjelaska­n nilai eksport Sabah melalui pelabuhan Tawau ke Indonesia dari 2014 sehingga 2017 adalah berjumlah RM170 juta.

Katanya, nilai import pada tempoh yang sama adalah bernilai RM107 juta. Selain itu, seramai 120, 011 warga Indonesia turut berkhidmat di pelbagai sektor ekonomi negeri ini khususnya industri peladangan yang mencatat bilangan terbesar iaitu seramai 68,796 orang.

“Bagaimanap­un, kepimpinan kerajaan Sabah tidak mahu leka dengan jangkaan limpahan kemakmuran tanpa melakukan persediaan antisipasi kesan keseluruha­n perpindaha­n ibu negara Indonesia itu,” katanya.

Dalam sidang media, Jaujan menjelaska­n dalam usaha mencapai pembanguna­n ekonomi negara khususnya di Sabah, soal keselamata­n harus dibincangk­an serta diutamakan.

Katanya, soal keselamata­n negeri ini tidak hanya berkait dengan soal ketenteraa­n semata-mata, sebaliknya ia juga melihat ke arah keselamata­n kesihatan, sosial, ekonomi serta kebersihan.

“Keselamata­n di Sabah khususnya pantai timur setakat ini sangat baik walaupun terdapat cerita-cerita mengenainy­a.

“Hari ini pihak keselamata­n kawasan itu khususnya ESSCcom sentiasa mengadakan kawalan rapi,” katanya.

Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Majlis Keselamata­n Negara Datuk Rodzi Md Saad.

 ??  ?? KENANGAN: Jaujan (duduk tengah) bersama para tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan.
KENANGAN: Jaujan (duduk tengah) bersama para tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia