Utusan Borneo (Sabah)

Siasat kesahihan suatu berita

- Oleh Norwahida Yamaluddin

LAHAD DATU: Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Dumi Pg Masdal menyeru masyarakat mengambil langkah menyiasat kesahihan suatu berita yang dikongsika­n di laman media sosial.

Menurutnya, langkah berhati-hati itu amat penting diamalkan kerana kelalaian berkongsi maklumat yang tidak sahih memberi impak negatif yang besar.

“Kita jangan lupa, kebelakang­an ini terdapat pihak yang tidak bertanggun­gjawab cuba untuk merosakkan kestabilan dan perpaduan dengan mempengaru­hi minda masyarakat menggunaka­n elemen perkauman dan agama sebagai agenda jahat mereka.

“Media sosial baharu sering menjadi medium fitnah mereka dengan tujuan untuk memporak-porandakan, menghancur­kan dan memusnahka­n keharmonia­n dan kemakmuran yang sedang kita nikmati,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan

Undangan Negeri Lahad Datu berkata demikian dalam teks ucapan perasmian Program Sepakat @Komuniti 2019, Apresiasi Bersama Rakan Strategik Peringkat Daerah Lahad Datu yang dibacakan Pegawai Pembanguna­n Masyarakat DUN Lahad Datu, Salsagap Pg Masdal, di sini, kelmarin.

Menurutnya, menjadi tanggungja­wab semua membantu Jabatan Penerangan dalam tugasnya menyebarka­n maklumat sahih dan tepat di samping menghebahk­an dasar kerajaan kepada rakyat sehingga ke akar umbi.

Katanya, rakyat juga perlu memberikan kerjasama dan sokongan padu kepada kerajaan baharu dengan membantu menjayakan aspirasi pembanguna­n negara yang direncanak­an.

Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu Zamri Pehakan, Penolong Pegawai Daerah Lahad Datu Masitah Mohd Amin, Pegawai Penerangan Daerah Lahad Datu Henry Nordin.

 ??  ??
 ??  ?? KENANGAN: Salsagap (duduk empat dari kanan), Henry (duduk tiga dari kanan) bersama mereka yang diraikan pada majlis itu.
KENANGAN: Salsagap (duduk empat dari kanan), Henry (duduk tiga dari kanan) bersama mereka yang diraikan pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia