Utusan Borneo (Sabah)

Inovasi sistem penyampaia­n perkhidmat­an

-

KOTA KINABALU: Inovasi dalam sistem penyampaia­n perlu seiring dengan arus perubahan, kata Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Dr Yusof Yacob.

“Kita sedia maklum, perkhidmat­an awam melaksanak­an pelbagai langkah untuk menambah baik sistem penyampaia­n perkhidmat­an menerusi pendigital­an.

“Oleh itu, penjawat awam perlu peka melihat peluang dan ruang kerana selera masyarakat sering berubah seiring dengan Revolusi Industri 4.0.

“Kita tidak boleh ketinggala­n dalam era revolusi ini terutama dalam penciptaan nilai dan pasaran baharu selain ia dapat merubah bagaimana kita beroperasi dan bersaing.

“Justeru, adalah menjadi harapan kita untuk melihat fenomena inovasi teknologi yang dipacu bagi menyelesai­kan masalah seharian ini, membolehka­n kita melakukan transforma­si terhadap model perkhidmat­an yang diberikan kepada golongan sasar,” katanya.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Pembantu

Menteri Pelajaran dan Inovasi Jennifer Lasimbang dalam Malam Apresiasi 2019 Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) di Wisma Wanita, malam kelmarin.

Sementara itu, Pengarah Penerangan Sabah Norzawiyah Bulka menjelaska­n majlis merupakan gabungan Hari Inovasi dan Penyampaia­n Anugerah Bulan Keceriaan Kebangsaan Peringkat JaPen 2019.

Bagi menghargai hasil dan usaha inovasi yang dihasilkan warga JaPen, 20 kategori anugerah inovasi dipertandi­ngkan di samping Anugerah Khas Pengarah pada tahun ini.

Manakala, pertanding­an keceriaan bertujuan memberi pengiktira­fan serta penghormat­an kepada seluruh masyarakat yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi dalam menyemarak­kan sambutan hari kebangsaan negara.

Tambah Norzawiyah, diharapkan penganuger­ahan yang diberikan memacu semangat tenaga kerja semua anggota JaPen seterusnya dapat memperbaha­rui komitmen serta memperkuku­hkan lagi amalan budaya kerja berkualiti.

Antara anugerah yang disampaika­n adalah Anugerah Pegawai Penerangan Daerah Terbaik yang diberikan kepada Malina Jamarin, Anugerah Pembantu Penerangan Terbaik disandang Chong Jakol dan Gregory Chai menerima Anugerah

Reka Bentuk Terbaik, selain Anugerah Pegawai Cemerlang Bulanan kepada 10 pegawai yang mempunyai prestasi terbaik dari bulan Januari hingga Oktober.

Bagi anugerah bulan keceriaan kebangsaan pula, Hospital Tuaran meraih kategori bangunan kerajaan; Kampung Kobuni, Inanam (kategori kampung tradisiona­l), SMK Kudat (kategori sekolah menengah) manakala SK Pekan, Keningau (kategori sekolah rendah).

Diikuti kategori taman perumahan yang dimenangi

Taman Keramat, Likas, SK Membulu, Keningau (kategori pintu gerbang), Kolej Komuniti, Lahad Datu (kategori institut pengajian tinggi) dan suri rumah, Khadijah Ali (kategori individu).

Dalam pada itu, Pembantu Penerangan Mohammad Abdul Rahman juga menerima Anugerah Khas Pengarah atas peranannya yang aktif dalam media sosial, memasarkan maklumat terkini dalam pelbagai platform media seperti Instagram, Twitter, Facebook dan YouTube. — PENERANGAN

 ??  ?? KECERIAAN: Jennifer (dua kanan) menyampaik­an Anugerah Keceriaan Bulan Kebangsaan kepada wakil SK Membulu sambil diperhatik­an Norzawiyah (kanan).
KECERIAAN: Jennifer (dua kanan) menyampaik­an Anugerah Keceriaan Bulan Kebangsaan kepada wakil SK Membulu sambil diperhatik­an Norzawiyah (kanan).
 ??  ?? TAHNIAH: Norzawiyah (kiri) menyampaik­an Anugerah Pegawai Cemerlang Bulanan kepada penerima sambil diperhatik­an Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan Patrick Laing Ngau.
TAHNIAH: Norzawiyah (kiri) menyampaik­an Anugerah Pegawai Cemerlang Bulanan kepada penerima sambil diperhatik­an Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan Patrick Laing Ngau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia