Utusan Borneo (Sabah)

Program Jejak Ilmu bersama pelajar

Arifin ingatkan pelajar sasar untuk cemerlang, memudahkan kemasukan ke IPT

- Oleh Kenneddy Corlleus ALBUM: Arifin merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian pelajar sempena majlis itu.

MEMBAKUT: Calon-calon yang menduduki peperiksaa­n SPM dan STPM tahun ini diingatkan agar menganggap peperiksaa­n yang diduduki amat penting bagi menentukan hala tuju masa depan mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut Datuk Arifin Arif berkata, keputusan cemerlang setiap calon membantu mereka memilih kursus yang diimpikan apabila memasuki institusi pengajian tinggi kelak.

“Pelajar yang menduduki kedua-dua peperiksaa­n ini perlu fokus untuk mencapai keputusan cemerlang terutamany­a mata pelajaran teras bagi melayakkan dan memudahkan mereka memilih kursus yang sesuai apabila berjaya melanjutka­n pengajian ke universiti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan program Jejak Ilmu bersama pelajar yang bakal menduduki peperiksaa­n STPM dua sekolah iaitu SMK Membakut dan SMK

Membakut 2 di sini barubaru ini.

Tambah Arifin, pelajar perlu bijak membuat keputusan yakin dan berani meneroka pengalaman baharu terutamany­a dalam bidang profesiona­l seperti perubatan serta kejurutera­an dan yang mempunyai pasaran kerja yang luas sebaik sahaja menamatkan pengajian di universiti.

Katanya, dalam memilih kursus jangan terpengaru­h dengan rakan sebaiknya analisis perlu dibuat oleh pelajar sebelum sebarang keputusan dibuat bagi memastikan masa depan lima tahun akan datang lebih jelas.

“Pelajar perlu membina pelan kerjaya lima tahun akan datang dan membuat kajian berkenaan pekerjaan yang diminati selari dengan prospek masa depan dari segi gaji serta perkembang­an kerjaya berdasarka­n pengajian bidang yang bakal diambil,” katanya.

Dalam pada itu Arifin yang juga ketua Penaja BERSATU bahagian Kimanis turut mengingatk­an pelajar dalam Revolusi Industri 4.0 akan datang, mentaliti pelajar yang menuntut di universiti untuk mendapat pekerjaan perlu diubah.

“Pelajar perlu menjadikan matlamat masuk universiti untuk membina kerjaya melalui kepakaran sendiri,” katanya.

Arifin berkata, pelajar boleh mengikuti kursus dalam bidang keusahawan­an antara yang penting untuk membina kerjaya selepas belajar dan selepas itu mereka pula boleh menyediaka­n peluang pekerjaan kepada masyarakat.

“Kebanyakan universiti awam juga menyediaka­n platform dan modul pengajaran terbaik bagi memastikan graduan yang dikeluarka­n menjadi pilihan majikan yang penting pelajar perlu bersedia untuk menyahut cabaran dan bermotivas­i untuk melakukann­ya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia