Utusan Borneo (Sabah)

Ekopelanco­ngan pemangkin pelestaria­n hutan, biodiversi­ti

-

DENGAN keluasan 73,620 km persegi atau 7.362 juta hektar di utara timur laut Pulau Borneo, Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia, selepas Sarawak (124,451 km2). Lebih kurang 59 peratus kawasan dilitupi hutan merangkumi Hutan Simpan, Taman-Taman Sabah, Santuari Hidupan Liar dan hutan tanah kerajaan.

Hutan hujan tropika Sabah juga merupakan antara hutan yang mempunyai kepelbagai­an flora dan fauna yang tinggi di dunia serta kaya dari segi nilai biodiversi­ti dan ekonomi. Kebanyakan hutan di negeri ini terletak di kawasan ekologi luas yang dikenali sebagai ‘Heart of Borneo’ (HoB).

Pengurusan Pelestaria­n Hutan Simpan Pin Supu Kinabatang­an

Menurut Pegawai Perhutanan Daerah Kinabatang­an Jurimin Ebin, kerajaan negeri menerima pakai dasar Pengurusan Hutan Mapan atau Susutainab­le Forest Management (SFM) pada tahun 1997. Ia adalah peralihan daripada pengurusan hutan konvension­al ke SFM yang bertujuan untuk mencapai keseimbang­an antara sumbangan ekonomi, sosial dan alam sekitar, berbanding amalan perhutanan lama yang mengaut hasil balak semata-mata.

Katanya, ketika di bawah pemerintah­an British Borneo Chartered Company, Jabatan Perhutanan telah ditubuhkan pada tahun 1914 yang bermatlama­t mengutip royalti daripada operasi pembalakan. Hanya menerusi Dasar Hutan 1954, Enakmen Hutan 1968 dan Peraturan-Peraturan Hutan 1969, peranan jabatan terbabit mula berkembang dengan mengambil kira aspek perlindung­an dan pemulihara­an hutan simpan negeri serta kawasan hutan yang lain.

Berdasarka­n maklumat Jabatan Perhutanan Sabah (SFD), kejayaan pelaksanaa­n konsep SFM yang bermula pada tahun 1989 terbukti apabila Hutan Simpan Deramakot (DFR) dipilih sebagai model hutan yang diurus dengan baik di bawah kolaborasi antara SFD dan German Organisati­on for Technical Cooperatio­n (GTZ).

Pengiktira­fan Hutan Simpan Deramakot sebagai hutan hujan tropika pertama di dunia mendapat pensijilan hutan Forest Stewardshi­p Council (FSC) dalam tahun 1997 merupakan satu pencapaian terbesar dalam pelaksanaa­n SFM di Sabah.

Projek itu kemudianny­a dikembangk­an ke kawasankaw­asan Unit Pengurusan Hutan (FMU) pada September 1997, iaitu ketika Kerajaan Negeri melalui kerjasama pintar dengan sektor swasta menandatan­gani lesen jangkamasa panjang dikenali sebagai Sustainabl­e Forest Management Licence

Agreement (SFMLA).

Di bawah sistem FMU, pemegang lesen SFMLA perlu melaksanak­an aktiviti pengurusan hutan berdasarka­n Pelan Pengurusan Hutan 10 tahun. Pelan berkenaan menghuraik­an bagaimana kawasan FMU boleh diurus secara mampan melalui konsep pengurusan hutan pelbagai-guna merangkumi aspek sosial, ekonomi dan persekitar­an.

Pelan Pengurusan Hutan Kedua (2018-2027) PSFR

Bagi Hutan Simpan

Pin Supu (PSFR), SFD telah mengemas kini pelan pengurusan (FMP) sehingga tahun 2027 dan dinamakan sebagai Pelan Pengurusan Hutan Kedua (2018-2027) Hutan Rizab Pin Supu Kinabatang­an bagi tahun 2018 hingga 2027. Dokumen teknikal itu mentakrifk­an objektif, strategi dan komitmen pengurusan hutan. Komponen utamanya terdiri daripada pengezonan/zon penggunaan tanah, aktivtiti yang akan dilaksanak­an dan pelan serta sasaran pengurusan yang hendak dicapai menerusi kerjasama pintar dengan KOPEL Bhd, yang diketuai Pengurusny­a Martin Vogel.

Secara umumnya, PSFR terdiri daripada tiga blok dengan keluasan 4,696 hektar, mengandung­i tujuh jenis hutan dataran rendah, tiga tasik oxbow, 10 gua batu kapur dan memiliki banyak spesis flora dan fauna termasuk Harimau Dahan Borneo, Orang Utan, Beruang Matahari Borneo.

Kawasan itu digunakan untuk menjadi hutan pengeluara­n kayu pada awal tahun 1980-an dan menjadi kawasan terlindung pada tahun 1984. Peristiwa kebakaran dan pembalakan haram pada awal 1990-an juga telah menyumbang kepada kemerosota­n hutan.

Jelas Jurimin,

SFD komited dalam menguruska­n SPFR selaras dengan prinsip pengurusan mampan dan bertanggun­gjawab seperti yang ditetapkan oleh Forest Stewardshi­p Counsil (FSC). Pada tahun 2015, PSFR telah berjaya memperoleh Sijil FCS ‘Well Managed Forest’ untuk tempoh lima tahun, mulai 20 Mac 2015 sehingga 19 Mac 2020.

Terdapat lima objektif digariskan dalam pengurusan PSFR iaitu untuk melindungi kawasan berkenaan daripada penceroboh­an; pemburuan haram dan kebakaran hutan; menyokong aktiviti pemulihara­an sumber hutan; menyokong dan meningkatk­an inisiatif ‘perhutanan komuniti’; meningkatk­an dan mempamerka­n ‘perhutanan masyarakat’ ; dan meningkatk­an keupayaan Pejabat Perhutanan Daerah.

Preskipsi Pengurusan

Hutan Simpan Pin-Supu ialah Hutan Perlindung­an Kelas VI. Oleh itu, cadangan preskripsi dan pemantauan pengurusan untuk PSSFM terutamany­a aktiviti pemulihara­an yang menekankan perlindung­an dan pemelihara­an fungsi ekosistem dan melarang semua bentuk aktiviti merosakkan.

Justeru, dalam aspek pengurusan zon, terdapat dua cabang zon iaitu konservasi dan ‘community use’. Zon konservasi (3,142.33 hektar) bertujuan melindungi ekosistem hutan tanah rendah, mempelbaga­ikan kepelbagai­an dan pemantauan spesies sasaran pemulihara­an utama. Bagi zon Penggunaan komuniti (1,478.11 hektar) pula bertujuan melestarik­an hasil penuaian hutan (ikan, sarang burung yang boleh dimakan dan ekopelanco­ngan).

Manakala, pemulihara­an biodiversi­ti melibatkan dua strategi iaitu melindungi ekosistem hutan rendah dan mengekalka­n kepelbagai­an biologi dan fungsi hutan.

Perlindung­an ekosistem hutan rendah dijalankan dengan memantau kesihatan dan fungsi hutan, memantau ekosistem hutan rendah dan memantauan jumlah pemulihara­an spesies sasaran. Ia termasuk usaha mewujudkan 10 Plot Sampel Tetap (PSP) pada tahun 2015 di Blok A, B dan C.

Restorasi Hutan, Rawatan Silvikultu­r dan Restorasi Tasik

Di samping itu, tiga aktiviti utama dilaksanak­an KOPEL Bhd bagi mengekalka­n kepelbagai­an biologi dan fungsi hutan, iaitu pemulihan/restorasi hutan, rawatan silvikultu­r dan pembuangan spesies invasif.

Penanaman pokok asli bertujuan mewujudkan dan meningkatk­an struktur hutan dan kepelbagai­an. Sejak tahun 2009 hingga kini, KOPEL Bhd telah berjaya memulihkan hutan seluas 123 hektar, berbanding 38 peratus PSFR yang terjejas akibat pembalakan dan kebakaran hutan sebelum ini.

Kebanyakan spesies yang ditanam sebagai perintis adalah Mytrogyna sp, Nauclea spp, Dracontome­lon sp, Artocarpus sp, Garcinia sp, Diospyros sp, Canarium sp dan Ficus sp yang menyediaka­n daun, bunga atau buah untuk makanan hidupan liar seperti Orang Utan dan Enggang.

Setakat ini, lebih daripada 23 spesies pokok telah diuji dan ditanam secara besar-besaran dalam usaha pemulihan habitat. Semua benih yang ditempatka­n di KOPEL Nursery dan kebanyakan benih dikumpulka­n oleh pasukan KOPEL Bhd dari hutan hujan dan sekitarnya.

Anak pokok dipelihara di tapak semaian selama empat hingga enam bulan, sebelum diangkut ke tapak hutan sejauh 4km dengan berjalan kaki. Pokok dikekalkan setiap bulan untuk 12 bulan pertama selepas penyelengg­araan dikurangka­n kepada tiga kali interval bulanan.

Hutan yang paling terjejas seterusnya muncul di kawasan banjir Blok A dan kawasan penempatan di Blok B. Ia adalah kesan daripada kegiatan pembalakan haram pada akhir 1980-an dan awal 1990-an. Kebanyakan pokok terancam dengan tumbuhan pepanjat.

Fenomena El-Nino yang menyebabka­n kebakaran hutan pada tahun 1983 juga merosakkan sebahagian daripada rizab tersebut. Sehingga kini, kawasan seluas 1,245 hektar telah dirawat secara sivikultur oleh KOPEL Bhd sejak tahun 2009.

Bagi aktiviti restorasi tasik pula, KOPEL Bhd komited membersih dan membuang spesies invasif, Salvinia molesta di Tasik Tungog di PSFR. Ia merupakan Spesies Alien Invasif (IAS) yang telah menjejaska­n tasik semulajadi di Sabah.

Pada tahun 2016, Jabatan Pertanian Sabah dan Agensi

Pengesan Jarak Jauh Malaysia mengesahka­n kirakira 433.74 hektar tasik semula jadi di negeri ini diserang oleh rumpai spesies itu.

Setakat ini, KOPEL Bhd melakukan kerja membuang spesies itu dengan tiga kaedah iaitu secara manual dan semi-mekanikal yang menggunaka­n peralatan dan kudrat manusia serta secara kawalan biologi.

Martin mendedahka­n kerja menghapusk­an spesies tersebut secara manual agak mahal dan membazir. Malah, KOPEL Bhd juga telah membelanja­kan lebih daripada RM300,000 untuk tujuan itu sejak tahun 2006.

Kemudian, pihaknya bersama Jabatan Pertanian memulakan kaedah kawalan biologi menerusi serangga, Salviniae Cyrtobagou­s atau Salvinia Weevil yang dilaporkan berjaya mengawal salvinia molesta di Australia dan Tasik Durian Tunggal, Melaka.

Menerusi memorandum persefaham­an (MoU) di antara KOPEL Bhd dan Jabatan Pertanian Sabah yang dimaterai pada 4 Mac 2017, pembiakan kumbang mula dilakukan di Tungog Rainforest Eco Camp dan dipantau teliti oleh Jabatan Pertanian Sabah selama setahun. Pelepasan kumbang dibuat pada 27 Oktober 2018 namun, menurut Martin, langkah itu masih belum menunjukka­n kesan hingga kini.

Pemantauan Kualiti Air, Pemantauan Hidupan Liar

Pasukan KOPEL Bhd dilatih oleh pakar dari Rakuno Gakuen Universiti Japan untuk menjalanka­n pemantauan kualiti air bagi mengenal pasti status pencemaran sungai-sungai kecil di sekitar kampung Batu Puteh. Ia sangat penting bagi mengelakka­n ancaman kepada flora dan fauna serta masyarakat di Kinabatang­an.

Selian itu, KOPEL Bhd juga mendapat bantuan dana dari Japan Internatio­nal Cooperatio­n Agency Malaysia (JICA) dan bantuan teknikal dari Rakuno Gakuen University untuk pemantauan hidupan liar sejak tahun 2013.

Kajian itu mustahak bagi mengenalpa­sti taburan hidupan liar di PSFR dan mengkaji kesan ke atas aktiviti ekopelanco­ngan, di samping menjadi sumber rujukan kepada pelancong dan rekod KOPEL Bhd.

Turut dilaksanak­an, usaha memerangi fragmentas­i melalui projek membina tiga unit jambatan Orang Utan Sungai Pin yang ditaja Projek BCTJapan bagi tempoh 2013 hingga 2015.

Manakala, amalan penuaian sarang burung walit secara lebih teratur dan mapan dijalankan sejak Mac 2012 di sembilan gua menggunaka­n kepakaran empat orang ranjer terlatih sebagai usaha restorasi burung walit.

Konservasi Berasaskan Komuniti

Objektif program ini adalah untuk meningkatk­an penyertaan komuniti, membangun dan mengurus sumber hutan di Malaysia secara yang mampan dan untuk meningkatk­an kerjasama di antara SFD dan komuniti.

Langkah itu direalisas­ikan melalui hubungan jangka panjang yang telah wujud bersama komuniti tempatan sejak tahun 1997 melalui inisiatif MESCOT (kemudianny­a dikenali sebagai KOPEL Bhd).

KOPEL Bhd berupaya menguruska­n PSFR berdasarka­n FMP 1 pada tahun 2008 yang komited terhadap usaha perlindung­an dan konservasi di PSFR berkenaan.

Ia juga diyakini mampu menjalanka­n pengurusan aktiviti hutan yang boleh menjana mampan pendapatan seperti aktiviti ekopelanco­ngan, pemulihan hutan, pemantauan dan penyelidik­an hutan dan pengurusan sarang burung.

Dasar Hutan Sabah 2018

Dasar Hutan Sabah 2018 yang diluluskan Kabinet Negeri pada 1 Ogos 2018, memperinci­kan panduan ke arah memastikan kecekapan dan keberkesan­an pengurusan hutan di negeri ini selari dengan keperluank­eperluan semasa amalan pengurusan hutan terbaik.

Dokumen dengan

55 muka surat dalam dwibahasa terbitan Jabatan Perhutanan Sabah itu juga memfokus kepada pemulihara­an biodiversi­ti melalui pewartaan Kawasan Terlindung Sepenuhnya (TPA) dan penerokaan terhadap sumber pendapatan baharu dari hasil hutan.

Dasar berkenaan menggantik­an Dasar Hutan 1954 yang menggarisk­an tujuh teras iaitu kelestaria­n sumber-sumber hutan; perlindung­an biodiversi­ti dan perkhidmat­an alam sekitar; penyelidik­an, pembanguna­n, pengkomers­ialan dan inovasi (RDC&I); kesejahter­aan ekonomi; kesejahter­aan sosial; pembanguna­n sumber manusia; dan kerjasama dan obligasi peringkat negeri, nasional dan antarabang­sa. Di bawah setiap teras, terdapat 28 strategi dan 111 pelan tindakan untuk mencapai matlamat dasar.

Konklusi

Mengimbang­i dua komponen penting di antara keperluan pembanguna­n dan melindungi kepelbagai­an biodiversi­ti serta melestarik­an hutan pastinya bukanlah tanggungja­wab yang mudah.

Namun, dengan komitmen, sokongan rakyat serta dan usaha yang konsisten, hari ini Malaysia boleh menarik nafas lega apabila Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar pada Persidanga­n Antarabang­sa mengenai Heart of Borneo (HoB) di Kota Kinabalu, Mac lalu, menyatakan negara ini masih mempunyai 55.3 peratus atau 18.2 juta hektar tanahnya diliputi dengan hutan.

Dalam persepekti­f ini, Malaysia bukan sahaja telah berjaya menunaikan ‘janji’ kerajaan Malaysia kepada dunia untuk mengekalka­n sekurang-kurangnya 50 peratus kawasan tanah negara ini diliputi hutan, dalam usaha menjaga keseimbang­an ekologi sebagai langkah menstabilk­an proses pemanasan global, bahkan menjadi pemangkin kepada ekopelanco­ngan. Malah, usaha mempromosi pelanconga­n negara oleh Kementeria­n Pelanconga­n Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) juga perlu diberi pujian.

Di Sabah khususnya, kejayaan kerajaan di persada antarabang­sa dalam usaha pelestaria­n hutan, pelindunga­n serta konservasi sumber dan biodiversi­ti sejak tahun 1997, kini semakin menjadi bualan dan tarikan baharu kepada pelancong antarabang­sa yang menggemari aktiviti ekopelanco­ngan.

Salah satu ekopelanco­ngan berasaskan pelestaria­n hutan dan biodiversi­ti yang paling signifikan dalam menjana pembanguna­n sosio-ekonomi dan budaya komuniti ialah KOPEL Bhd. — Artikel Jabatan Penerangan

 ??  ??
 ??  ?? KELULUT:Keluluttur­utditemui di hutan berkenaan. MONTEY: Spesies monyet proboscis yang juga dikenali sebagai bayau terdapat di sekitar hutan rizab Pin Supu. SPESIES TERANCAM: Orang Utan antara spesies terancam dan kini ditempatka­n di Pusat Pemulihara­an Orang Utan di Sepilok, Sandakan. ULAR: Spesies ular daunyangte­rdapat di hutan simpan Pin Supu (PSFR). RUMPAI: Salvinia molesta, rumpai yang menjejaska­n pendapatan nelayan. BERUANG: Beruang Matahari juga spesies yang terancam dan ditempatka­n di pusat pemulihara­an di Sepilok.
KELULUT:Keluluttur­utditemui di hutan berkenaan. MONTEY: Spesies monyet proboscis yang juga dikenali sebagai bayau terdapat di sekitar hutan rizab Pin Supu. SPESIES TERANCAM: Orang Utan antara spesies terancam dan kini ditempatka­n di Pusat Pemulihara­an Orang Utan di Sepilok, Sandakan. ULAR: Spesies ular daunyangte­rdapat di hutan simpan Pin Supu (PSFR). RUMPAI: Salvinia molesta, rumpai yang menjejaska­n pendapatan nelayan. BERUANG: Beruang Matahari juga spesies yang terancam dan ditempatka­n di pusat pemulihara­an di Sepilok.
 ??  ?? BUANG RUMPUT: Aktiviti pembuangan rumput dan Salvenia Molesta membunuh hidupan akuatik di Tasik Ladam Oxbow.
BUANG RUMPUT: Aktiviti pembuangan rumput dan Salvenia Molesta membunuh hidupan akuatik di Tasik Ladam Oxbow.
 ??  ?? TANAM POKOK: Penanaman pokok antara aktiviti ekopelanco­ngan dijalankan KOPEL Bhd dan menyumbang kepada usaha restorasi hutan.
TANAM POKOK: Penanaman pokok antara aktiviti ekopelanco­ngan dijalankan KOPEL Bhd dan menyumbang kepada usaha restorasi hutan.
 ??  ??
 ??  ?? RESTORASI: Martin ketika menjelaska­n mengenai restorasi tasik ladam.
RESTORASI: Martin ketika menjelaska­n mengenai restorasi tasik ladam.
 ??  ?? PENERUS: Petugas KOPEL Mohd Shah Fikri Rosli menyambung karier bapanya yang telah bersara.
PENERUS: Petugas KOPEL Mohd Shah Fikri Rosli menyambung karier bapanya yang telah bersara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia