Utusan Borneo (Sabah)

Anggota perkhidmat­an awam perlu kritis, konstrukti­f

-

KOTA KINABALU: Setiap anggota perkhidmat­an awam perlu bertindak kritis dan konstrukti­f dalam melaksanak­an tanggungja­wab yang diamanahka­n.

Setiausaha Kerajaan Sabah Datuk Seri Panglima Hashim Paijan berkata penjawat awam harus keluar daripada zon selesa masing-masing dan mula berfikir di luar kotak bagi mencari jalan penyelesai­an kepada setiap permasalah­an dengan cara kreatif dan inovatif.

Oleh itu, semua kakitangan perkhidmat­an awam harus bertindak inovatif bagi menghasilk­an sesuatu yang baharu melalui kemahiran imaginasi yang membawa kepada peningkata­n sistem penyampaia­n perkhidmat­an kepada pelanggan.

Teks ucapan beliau yang disampaika­n oleh Setiausaha Persekutua­n Sabah Datuk Samsuni Mohd Nor pada Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam Sabah 2019 yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Dewan Bankusi Utama, Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah di sini kelmarin.

“Pelbagai inisiatif perlu dirancang untuk meningkatk­an kesedaran betapa pentingnya pembudayaa­n inovasi dalam pemerkasaa­n sistem penyampaia­n perkhidmat­an sektor awam dan peningkata­n ekonomi Negeri Sabah.

“Justeru, Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbira­n) dan Pejabat Unit Permodenan Tadbiran dan Perancanga­n Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah dipertangg­ungjawabka­n untuk menyelaras dan menganjurk­an Program Anugerah Inovasi

Sektor Awam Negeri Sabah,” katanya.

Beliau turut mengucapka­n syabas dan terima kasih atas usaha serta komitmen semua yang terlibat dan berharap produk inovasi yang dihasilkan dapat menyumbang kepada peningkata­n kualiti sistem penyampaia­n perkhidmat­an organisasi.

Antara anugerah yang dipertandi­ngkan ialah Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan yang dimenangi oleh Majlis Daerah Tambunan, Anugerah Inovasi Pejabat Ceria dan Kaunter Terbaik Negeri dimiliki Majlis Perbandara­n Tawau manakala peringkat persekutua­n pula dianugerah­kan kepada MAMPU Sabah.

Bagi kategori Anugerah Inovasi Keselamata­n Fizikal dan Pengurusan Rekod Terperingk­at dimenangi oleh Pejabat Setiausaha Persekutua­n Sabah dan untuk kategori Anugerah Pembudayaa­n ICT peringkat persekutua­n diberikan kepada

Pusat Pengurusan Data dan Maklumat Universiti Malaysia Sabah.

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) cemerlang dengan membawa pulang dua anugerah melalui projek mereka ‘DBKK E-Services’ iaitu Anugerah Inovasi Pembudayaa­n ICT peringkat negeri dan Anugerah Inovasi Khas Setiausaha Kerajaan Negeri.

Manakala Hospital Queen Elizabeth II juga turut berjaya menerima dua anugerah iaitu Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan Persekutua­n dan Anugerah Khas Inovasi Setiausaha Persekutua­n melalui projek ‘Mobi X Shiled’.

Antara yang hadir, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah Datuk Dr Jaujan Sambakong, Menteri Undang-undang,Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Aidi Mokhtar dan Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Awam Sabah Datuk Datu Rusmadi Sulai. — PENERANGAN

 ??  ?? TAHNIAH: Shafie (dua kiri) menyampaik­an hadiah kepada Pengarah Hospital Queen II, Dr Razak Tambi.
TAHNIAH: Shafie (dua kiri) menyampaik­an hadiah kepada Pengarah Hospital Queen II, Dr Razak Tambi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia