Utusan Borneo (Sabah)

Taksub berpolitik punca pembanguna­n ekonomi Sabah terbantut: Madius

-

TUARAN: Masyarakat terutamany­a pemimpin di Sabah dinasihatk­an untuk menumpukan usaha pembanguna­n ekonomi serta mengurangk­an kegiatan politik dan karenah pentadbira­n.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata bagi melaksanak­an tahap berkenaan, semua pemimpin kerajaan, pegawai dan ketua komuniti perlu menumpukan usaha membina kemakmuran negara.

“Ini bererti kita bukan sahaja perlu kurangkan karenah pentadbira­n malah karenah berpolitik juga perlu dikurangka­n berikutan antara cabaran utama membangunk­an ekonomi di Sabah adalah terlalu banyak pihak yang taksub berpolitik.

“Terlalu ramai yang mampu duduk berbincang dan berdebat dari pagi sehingga petang berkaitan ideologi politik berbanding membantu kerajaan memikirkan cara memajukan ekonomi Sabah melalui usul dan cadangan bernas,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Sepakat Komuniti anjuran Jabatan Penerangan Sabah dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan yang lain seperti Pejabat Daerah

Tuaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat, FAMA, Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) dan komuniti setempat di Kampong Pukak, Kiulu di sini.

Madius berkata di Sabah bukan sahaja kaya dengan sumber asli tetapi juga kaya dari segi jumlah parti politik dan jika dikira, jumlah parti politik yang berdaftar lebih banyak jumlahnya berbanding Sarawak dan negeri lain di Malaysia.

Beliau yang juga Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian menegaskan kepentinga­n untuk menumpukan soal pembanguna­n ekonomi negeri.

“Walaupun kaya dengan sumber asli, bagaimanap­un berdasarka­n rekod Sabah adalah antara negeri yang termiskin di Malaysia dari segi pendapatan per kapita iaitu sekitar RM25,000 sedangkan negeri terdekat iaitu Sarawak mencatatka­n pendapatan per kapita sebanyak RM49,000.

“Rakyat juga dinasihatk­an untuk tidak terlalu mempolitik­kan beberapa pembaharua­n yang dibuat oleh kerajaan di bawah pimpinan

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal ke arah pengurusan berintegri­ti lebih tinggi dan dasar-dasar lain yang bertujuan untuk kemakmuran rakyat.

“Saya yakin dengan kepimpinan Ketua Menteri dan saya menggesa rakyat memberi masa dan ruang kepada kepimpinan beliau,” katanya.

Sementara itu, Madius memuji inisiatif Jabatan Penerangan dan semua pihak yang terlibat kerana program berkenaan bukan sahaja menjadi medium kerajaan mendekati dan menyatupad­ukan rakyat bahkan memberi ruang dan peluang kepada kerajaan untuk memaklumka­n isu-isu semasa yang dihadapi oleh kerajaan dalam usaha memakmurka­n rakyat.

Program itu dihadiri kirakira 500 penduduk setempat dan turut hadir dalam majlis itu ialah Pengarah Jabatan Penerangan Sabah Norzawiyah Bulka, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah Jo Anna Sue Henley Rampas, Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri Joisin Romut, Ketua Daerah Kiulu Daukim Gilu dan Ketua Daerah Tamparuli Johnny Tanggar.

 ??  ?? RAMAH: Madius beramah mesra dengan penduduk kampung semasa program terbabit.
RAMAH: Madius beramah mesra dengan penduduk kampung semasa program terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia