Utusan Borneo (Sabah)

Buang sikap ‘ini bukan urusan saya’: Jamawi

- Oleh Kenneddy Corlleus

KEMABONG: Masyarakat perlu membuang sikap dalam diri seperti ‘ini bukan urusan saya’ sebaliknya bersama memainkan peranan dalam mengambil tindakan dan menjadi barisan hadapan dalam menangani isu dadah di komuniti masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong Jamawi Jaafar berkata penglibata­n seluruh anggota masyarakat dalam membantera­s gejala dadah adalah sangat penting kerana ia adalah elemen utama bagi menjayakan misi negara bebas dadah.

“Ibu bapa dan keluarga adalah entiti paling kecil dalam masyarakat yang perlu memainkan peranan paling serius dalam memastikan anak-anak mereka tidak terlibat dengan gejala dadah.

“Ancaman dadah boleh menimpa sesiapa sahaja, ia merentas kawasan bandar dan luar bandar tanpa mengira status dan latar belakang serta kepercayaa­n seseorang,” katanya berucap merasmikan

Program Ceramah Pencegahan Dadah oleh AADK di Kampung Amboi Kemabong di sini baru-baru ini.

Program itu anjuran bersama AADK, KRT, MPKK Kampung Amboi, dan Jabatan Perpaduan Negara daerah Tenom.

Menurut Jamawi, kejayaan membantera­s masalah dadah juga memerlukan pendekatan yang seimbang dan menyeluruh dengan dasar yang relevan berdasarka­n amalanamal­an terbaik.

“Ancaman dadah berbahaya dan bahan-bahan yang mengkhayal­kan berubah dengan pesat mengikut arus perkembang­an teknologi dan cara hidup manusia,” katanya.

Sehubungan itu jelas Jamawi, pembanguna­n ekonomi negara juga perlu selari dan seimbang dengan pembanguna­n sosial modal insan.

“Oleh itu pelaburan sosial perlu dipertingk­atkan segera meliputi pendidikan, pembanguna­n individu dan keluarga, pembanguna­n rohani dan jasmani serta peningkata­n daya tahan dalam semua program dan aktiviti,” katanya.

Jamawi berkata, kerajaan melihat perkara itu dengan teliti kerana matlamat untuk mencapai status negara maju akan terbantut jika masalah keruntuhan moral dan sosial menjadi barah dalam kalangan anak-anak muda.

“Kita perlu memantapka­n usaha menangani masalah ancaman dadah ini tanpa bergantung sepenuhnya kepada pihak kerajaan, AADK, dan pihak berkuasa polis namun sebagai pemimpin di peringkat akar umbi jalinan kerjasama dengan badanbadan sukarela mengadakan program-program kesedaran bahayanya dadah perlu dipertingk­atkan,” katanya.

 ??  ?? AMANAT: Jamawi menyampaik­an amanatnya sempena majlis itu.
AMANAT: Jamawi menyampaik­an amanatnya sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia