Utusan Borneo (Sabah)

Kerjasama kunci kejayaan: Arifin

-

PONTIAN: Kerjasama sebagai satu pasukan adalah kunci kepada kejayaan dalam perjuangan bagi mencapai sesuatu kejayaan.

Bendahari Parti Pribumi BERSATU Malaysia (BERSATU) Sabah Datuk Arifin Arif berkata semangat kerjasama dalam perjuangan parti juga adalah antara aspek utama yang diperlukan dan menjadi kunci kejayaan kepada sesebuah parti.

“Kita tidak boleh melihat perjuangan khasnya perjuangan parti melalui kaca mata halus yang hanya memikirkan tentang diri sendiri, tetapi perlu bekerjasam­a secara berpasukan tanpa mengira apa suku kaum sekalipun kerana matlamat asas dalam perjuangan parti adalah keserasian dan penyatuan hati ahli-ahlinya.

“Selain itu, kerjasama berpasukan khasnya dalam kerja-kerja untuk melestarik­an perjuangan parti supaya diketahui oleh para pengundi juga adalah aspek penting, dan kerana juga kita (BERSATU Sabah) berada di sini untuk sama-sama berjuang dan bekerjasam­a sebagai satu pasukan dengan BERSATU dan Pakatan Harapan (PH) bagi usaha untuk mendekati pengundipe­ngundi Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Ziarah Kasih di Kampung Chokoh Serkat

Pontian Tanjong Piai di sini kelmarin.

Beliau yang juga Ketua BERSATU Bahagian Kimanis berkata, aktiviti turun padang dan melihat permasalah­an pengundi mampu membuatkan ahli-ahli parti lebih dekat dan memahami masalah yang dihadapi oleh rakyat.

Beliau turut meminta agar semua ahli parti terus bersemanga­t untuk bekerjasam­a dalam pasukan bagi memastikan matlamat perjuangan parti mampu difahami oleh rakyat.

“Jika kita bekerjasam­a memberi maklumat dan mendekati rakyat di semua kawasan, tentunya kita mampu memberi lebih pemahaman kepada rakyat tentang perjuang kita,” katanya.

Terdahulu beliau turut sama hadir dalam ziarah ke Kampung Chokoh Serkat Pontian.

Antara pengisian menarik sepanjang sesi ziarah itu ialah bertemu kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU), warga emas uzur, ibu tunggal dan pesakit kanser usus.

Turut sama dalam sesi ziarah itu ialah Ketua Armada BERSATU Sabah Mohd Isquzawan Arsit, Timbalan Ketua Srikandi BERSATU Sabah Datuk Amisah Yassin, Penolong Setiausaha Srikandi BERSATU Sabah Datuk Redonah Bahanda dan Setiausaha Eksekutif BERSATU Sabah Datuk Armizan Mohd Ali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia