Utusan Borneo (Sabah)

17 pelajar SMK DPM sertai cabaran KLESF

- Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Seramai 17 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Peter Mojuntin (DPM), Penampang telah menyertai Cabaran Kuala Lumpur Engineerin­g Science Fair (KLESF) 2019 di Kuala Lumpur penghujung minggu lalu.

“Mereka gagal meraih sebarang pingat tetapi membawa balik pengalaman berguna yang saya percaya akan membantu perkembang­an intelektua­l mereka,” kata Pengetua SMK Datuk Peter Mojuntin, Nurani Fauziah Derin.

KLESF adalah inisiatif dengan pelbagai program dan aktiviti yang bertujuan menggalakk­an minat dalam sains, teknologi, kejurutera­an dan matematik (STEM) di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.

Dalam cabaran bertaraf antarabang­sa itu, pelajar SMK Mojuntin yang turut diiringi tiga guru telah mempersemb­ahkan tujuh projek.

Projek pertama bertajuk Ginfen L Herbal Tea dipersemba­hkan gandingan Nazifa Batrisyia Rahim dan Nouva Almanzo Chong, kedua Eco-Friendly Seeding Bag (Evana Tony Ewan, Ayuni Hazieqah Tan, Ivona Flavia), ketiga Bobou Helper (Deirdre Richard Benjumin, Clarissa Muriel Christer) dan keempat La Vere

Protection (Angelina Alicia Chu, Klouse Heinedas Herie).

Projek kelima bertajuk Super Tea dipersemba­hkan Shervona Faith Julian, Girl Dedora Edmund Baikan dan Megan Hope Baikan, keenam M2A Indicator (Bibiana Mourus, Marianne Raynold Mojilip) dan ketujuh Eco Friendly Insect Trapper 3 In 1 (Kelvin Chaw Kay Yun, Delbert Disney, Mohd Najmil Anwar Suhaili).

Bibiana dan Marianne (projek M2A Indicator) adalah pelajar Pendidikan Khas Pendengara­n.

Guru yang mengiringi pelajar pada cabaran selama tiga hari (1-3 November) itu ialah Artina Ariff, Alice Chung dan Janet Asik.

 ??  ?? SMK DPM: Pelajar dan guru pengiring yang mewakili SMK DPM menyertai Cabaran KLESF di Kuala Lumpur baru-baru ini.
SMK DPM: Pelajar dan guru pengiring yang mewakili SMK DPM menyertai Cabaran KLESF di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia