Utusan Borneo (Sabah)

Erat hubungan kekeluarga­an

Himpunan RahMah 2019 Keluarga Abd Rahim Sarabi meriah

-

TUARAN: Kira-kira 30 ahli keluarga Abd Rahim Sarabi berhimpun pada program Himpunan RahMah 2019 Kali Ke-4 di Kampung Shabandar pada 26 hingga 28 Oktober lalu.

Pengerusi Penganjur pada tahun ini Irwan Shah Abd Rahim, 39, berkata program itu bertujuan mengeratka­n hubungan kekeluarga­an selepas perjumpaan kali ketiga di Putatan, Kota Kinabalu pada tahun lalu.

Sebelum ini keluarga besar itu mengadakan Hari Keluarga buat pertama kalinya di Kundasang pada 2016 diikuti Kinarut pada 2017.

Katanya, perhimpuna­n kali ini lebih meriah apabila berjaya mengumpulk­an ahli keluarga itu di seluruh negeri bukan sahaja dari Sabah, malah Wilayah Persekutua­n Labuan dan Sarawak.

“Program kali ini sempena cuti sekolah kami sepakat menganjurk­an himpunan keempat supaya lebih ramai ahli keluarga dapat dikumpulka­n bagi merapatkan hubungan persaudara­an.

“Kami mahu merapatkan hubungan, terutama generasi muda keluarga ini agar mengenali lebih rapat antara satu sama lain supaya dapat meneruskan silaturahi­m keluarga besar ini,” katanya ketika ditemui pada majlis itu.

Manakala Haji Adam Abdul Rahim, 47, yang juga pengasas program itu berkata, program tiga hari itu berjaya mengumpulk­an ahli keluarga sehingga tiga generasi.

“Daripada enam orang adik beradik hanya lima saja lagi yang tinggal. Sebab itu, kami mahu menguatkan lagi hubungan kekeluarga­an ini supaya ia lebih erat di setiap peringkat umur.

“Konsep kami adalah tradisiona­l, saling bergotongr­oyong, masak bersama dan mengadakan pelbagai aktiviti seperti sukaneka, ceramah agama, sambutan hari lahir, sambutan ulang tahun perkahwina­n serta aktiviti tiga peringkat ibu bapa, remaja dan kanak-kanak dalam mengeratka­n lagi hubungan, sekali gus mencapai objektif perhimpuna­n,”katanya yang juga Guru Besar SK Lubok Temiang, WP Labuan.

Selain Haji Adam, lima lagi adik beliau ialah Siti Suriani, 42, Siti Rahimah, 40, Irwan Shah, 39, dan Siti Noraimah, 34.

Allahyarha­mah Siti Zahara yang merupakan anak kedua meninggal dunia pada 1997 ketika berusia 23 tahun.

Sementara itu, Abd Rahim berkata selaku ayah kepada anak serta cucu-cucu sangat mengharapk­an program ini dapat diteruskan pada tahuntahun hadapan agar hubungan tidak terputus begitu sahaja disebabkan kekangan masa dan kesibukan tugas masingmasi­ng.

“Saya ingin melihat ahli Keluarga Abd Rahim yang berasal dari Kudat itu sentiasa berhubunga­n antara satu sama lain termasuk mengadakan pelbagai program seperti Hari Keluarga yang mampu mengeratka­n lagi hubungan persaudara­an selain menghilang­kan kepenatan selepas bekerja pada siang hari,” katanya.

Abd Rahim Sarabi, 66, bersama isteri Halimah Harun, 66, nyata gembira kerana dapat bersama-sama anak dan cucunya termasuk yang paling muda iaitu Muhammad Fatih Syah Irwansah yang berumur 2 tahun 2 bulan.

 ??  ?? ALBUM: Abd Rahim (duduk, empat kiri) dan Halimah bersama sebahagian daripada ahli keluarga yang menghadiri Himpunan RahMah Keluarga Abd Rahim Sarabi, baru-baru ini.
ALBUM: Abd Rahim (duduk, empat kiri) dan Halimah bersama sebahagian daripada ahli keluarga yang menghadiri Himpunan RahMah Keluarga Abd Rahim Sarabi, baru-baru ini.
 ??  ?? JAMUAN: Ahli keluarga Abd Rahim dan Halimah bersama anak dan cucunya menikmati jamuan makan selepas mengadakan gotong-royong dan sukaneka di Kampung Shabandar, Tuaran, baru-baru ini.
JAMUAN: Ahli keluarga Abd Rahim dan Halimah bersama anak dan cucunya menikmati jamuan makan selepas mengadakan gotong-royong dan sukaneka di Kampung Shabandar, Tuaran, baru-baru ini.
 ??  ?? PENGASAS: Abd Rahim dan Halimah bersama lima daripada enam anaknya termasuk Haji Adam (kanan) yang merupakan pengasas Himpunan RahMah Keluarga Abd Rahim Sarabi.
PENGASAS: Abd Rahim dan Halimah bersama lima daripada enam anaknya termasuk Haji Adam (kanan) yang merupakan pengasas Himpunan RahMah Keluarga Abd Rahim Sarabi.
 ??  ?? ADIK BERADIK: Haji Adam (kanan) bersama empat lagi adiknya.
ADIK BERADIK: Haji Adam (kanan) bersama empat lagi adiknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia