Utusan Borneo (Sabah)

Murid prasekolah SK Lubok Temiang kumpul RM5,000 sejak Januari 2019

-

LABUAN: Seramai 75 murid prasekolah Sekolah Kebangsaan (SK) Lubok Temiang berjaya mengumpul kirakira RM5,000 sejak Januari hingga Oktober lalu.

Mereka mengumpul wang itu sempena Program Pecah Tabung Prasekolah 2019 anjuran prasekolah SK Lubok Temiang.

Tiga murid prasekolah yang paling banyak tabunganny­a ialah Muhammad Adhwa’ Aathifulla­h Mohamad Zaidi dari kelas Pra Arif, Nur Salsabilah Azmee (Pra Aqil) dan Wawa Syafika Jamalludin (Pra Alim).

Menurut penyelaras program Nurmi Anuar, murid Pra Arif, Pra Aqil dan Pra Alim memasukkan wang yang dibawa dari rumah dan dimasukkan ke dalam tabung masing-masing yang disediakan di kelas mereka.

Sementara itu, guru prasekolah Samih Kukung berkata, Program Pecah Tabung Prasekolah bertujuan melahirkan murid yang berjimatce­rmat.

“Kami mahu sikap menabung itu disemai sejak kanak-kanak supaya menjadi budaya dan untuk kegunaan pada masa akan datang,” katanya ditemui selepas program itu yang diadakan di Dewan SKLT, baru-baru ini.

Samih mengucapka­n terima kasih kepada semua ibu bapa yang mendidik anak mereka menabung wang sejak dari bangku prasekolah lagi.

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Guru Besar SK Lubok Temiang Haji Adam Abdul Rahim.

Beliau berharap muridmurid dapat mengamalka­n sikap menabung supaya dapat menyemai tabiat berjimatce­rmat.

“Tahniah kepada guru dan PPM prasekolah yang mengambil inisiatif mengadakan program menabung ini.

“Saya berharap amalan ini akan berterusan hingga mereka dewasa kelak,” katanya.

Selain Samih, dua lagi guru prasekolah ialah Nurmi Anuar dan Rosnah Abdul Rajak serta dibantu Pembantu Pengurusan Murid (PPM) yang terdiri daripada Norilah Tahir, Aminah Junir dan Rosneza Osman.

 ??  ?? PECAH TABUNG: Ibu bapa murid prasekolah SKLT sibuk mengira wang tabung anak masing-masing.
PECAH TABUNG: Ibu bapa murid prasekolah SKLT sibuk mengira wang tabung anak masing-masing.
 ??  ?? KIRA WANG: Nur Salsabilla sedang mengira wang tabungnya sambil dibantu oleh salah seorang ibu murid prasekolah SKLT.
KIRA WANG: Nur Salsabilla sedang mengira wang tabungnya sambil dibantu oleh salah seorang ibu murid prasekolah SKLT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia