Utusan Borneo (Sabah)

60 murid Tahun Enam SK Bukit Padang khatam al-Quran

- CENDERAMAT­A: Yahya (tiga dari kiri) menerima cenderamat­a daripada Ismail.

KOTA KINABALU: Seramai 60 murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Padang di sini Khatam al-Quran.

Mereka diraikan dalam satu Majlis Khatam Al-Quran dan Ceramah Maulidur Rasul 1441 Hijrah peringkat sekolah anjuran Panitia Pendidikan Islam di Dewan Haji Jaafar SK Bukit Padang baru-baru ini.

Guru Besar SK Bukit Padang Yahya Haji Mumin dalam ucapannya berterima kasih dan mengucapka­n tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam SK Bukit Padang diketuai Ustaz Ismail Zaki Che Mat merangkap pengarah program yang berusaha gigih menganjurk­an program murni itu.

“Saya amat berbangga kerana SK Bukit Padang dapat mengadakan majlis ini saban tahun dengan memberi pendedahan kepada muridmurid membaca al-Quran serta mengamalka­nnya.

“Harapan saya adalah agar semua peserta yang melanjutka­n pelajaran ke sekolah menengah pada tahun hadapan akan terus mendalami ilmu al-Quran dalam rutin seharian.

“Dengan menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup, insya-Allah para peserta akan menjadi pelajar yang cemerlang dan berdisipli­n hasil didikan dan mengikuti ajaran-ajaran yang terkandung dalam al-Quran,” katanya.

Ustaz Haji Mohd Ghazali Abd Razak yang turut menyampaik­an ceramah Maulidur Rasul pula menasihati agar ibu bapa dan pelajar sentiasa mendamping­i alQuran dengan membaca serta memahami isi kandungann­ya sebagai pedoman hidup serta sentiasa berselawat kepada

Rasulullah S.A.W.

“Marilah kita tingkatkan kecintaan kita kepada Rasulullah S.A.W. dengan memperbany­akkan selawat dan puji-pujian terhadap Baginda sebagai pembawa rahmat ke seluruh alam yang menyinari dunia dengan sinar hidayah dan membawa manusia ke jalan kebahagiaa­n di dunia dan akhirat,” katanya.

Sambil itu, Ismail memberitah­u bahawa tujuan program itu adalah untuk meraikan murid-murid Tahun 6 yang telah khatam bacaan al-Quran selain menyemai minat mereka untuk terus membaca al-Quran.

Hadir sama ialah Penolong Kanan Pentadbira­n Siti Rukiah Abd Murad, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sarbanon Haji Tahir, Penolong Kanan Kokurikulu­m Nor Azwanee Aziz,Penolong Kanan Pendidikan Khas Rubiah Suip serta Penyelia Petang Junius Antang.

 ??  ?? KENANGAN: Peserta Majlis Khatam al-Quran bergambar kenangan bersama Yahya dan guru-guru penolong kanan selepas majlis selesai.
KENANGAN: Peserta Majlis Khatam al-Quran bergambar kenangan bersama Yahya dan guru-guru penolong kanan selepas majlis selesai.
 ??  ?? KHATAM AL-QURAN: Murid-murid yang terlibat pada Majlis Khatam Al-Quran SK Bukit Padang Kota Kinabalu yang diketuali oleh Ustaz Haji Mohd Ghazali Abd Razak.
KHATAM AL-QURAN: Murid-murid yang terlibat pada Majlis Khatam Al-Quran SK Bukit Padang Kota Kinabalu yang diketuali oleh Ustaz Haji Mohd Ghazali Abd Razak.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia