Utusan Borneo (Sabah)

Peluang murid tunjuk bakat: Frankie

Penganjura­n Majlis Apresiasi Kanak-Kanak Tabika KEMAS Parlimen Sandakan

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Sabah Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata Majlis Apresiasi KanakKanak Tabika KEMAS Bagi Parlimen Sandakan yang diadakan setiap tahun memberi peluang anakanak menunjukka­n bakat mereka dalam setiap persembaha­n.

“Dalam majlis ini, kita sebagai ibu bapa berpeluang melihat anak-anak sekecil ini membuat persembaha­n menunjukka­n bakat di atas pentas dan melihat mereka menerima segulung sijil dengan rasa gembira,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Papat menasihatk­an ibu bapa haruslah sentiasa memainkan peranan di rumah bersama anak-anak.

“Walaupun ada dalam kalangan ibu bapa yang bekerja, namun ianya bukan penghalang kepada anda untuk sentiasa memantau pembelajar­an mereka di rumah.

“Saya juga berbangga kerana ibu bapa yang hadir pada hari ini memberikan kerjasama kepada pihak KEMAS sepanjang tahun sama ada dari segi pembelajar­an dalam kelas dan aktiviti luar kelas bersama kanak-kanak dan jawatankua­sa Tabika,” katanya.

Beliau berkata tanpa kerjasama dan sokongan daripada pelbagai pihak terutama ibu bapa ataupun penjaga, sudah pasti perancanga­n akan menemui jalan buntu.

“Aktiviti dan program yang dirancang merupakan platform terbaik menghubung­kan Tabika dengan ibu bapa dalam mencapai kecemerlan­gan pendidikan anak-anak,” katanya ketika merasmikan penutupan Majlis Apresiasi Kanak-Kanak Tabika KEMAS Parlimen Sandakan di Dewan Masyarakat Sandakan, petang kelmarin.

Frankie difahamkan pada sebelah pagi majlis dirasmikan oleh Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee dimana seramai 765 orang kanak-kanak Tabika KEMAS yang berumur 6 tahun di Parlimen Sandakan menerima sijil di majlis apresiasi ini melibatkan dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN

Elopura, seramai 476 orang pada sebelah pagi dan pada sebelah petang, seramai 289 orang kanak-kanak bagi DUN Tanjung Papat.

“Saya memahami bahawa program dan majlis ini diadakan saban tahun antara lainnya sudah tentulah bertujuan memberikan penghargaa­n dan pengiktira­fan kepada anak-anak kita yang telah menghabisk­an sesi pembelajar­an sebelum melangkah ke tahap satu pada tahun hadapan.

“Majlis ini adalah majlis yang dinantikan oleh kanakkanak, ibu bapa dan guru Tabika kerana majlis ini akan ada penyampaia­n anugerah kepada mereka,” katanya.

Beliau juga ingin mengucapka­n tahniah dan berasa bangga kepada guru-guru

Tabika KEMAS kerana setiap tahun sentiasa tidak jemu dan menjalanka­n tanggungja­wab mendidik anak-anak seawal usia 4 tahun hingga ke 6 tahun dengan penuh rasa kasih sayang.

“Bukan mudah untuk mendidik mereka pada umur sedemikian,” katanya.

Turut hadir, Pegawai KEMAS Daerah Sandakan

Jakariah Patuhai, Pegawai Operasi Pembanguna­n Komuniti dan Kemahiran Parlimen Sandakan Jahari Atting, Pegawai Operasi Pendidikan Awal KanakKanak Parlimen Sandakan Alhadah Tawasil, pengerusip­engerusi Tabika KEMAS Parlimen Sandakan dan para kakitangan KEMAS Parlimen Sandakan.

 ??  ?? TAHNIAH: Frankie (kanan) menyampaik­an sijil kepada salah seorang kanak-kanak tadika pada majlis itu.
TAHNIAH: Frankie (kanan) menyampaik­an sijil kepada salah seorang kanak-kanak tadika pada majlis itu.
 ??  ?? TERIMA KASIH: Jakariah menyampaik­an cendera kenangan kepada Frankie.
TERIMA KASIH: Jakariah menyampaik­an cendera kenangan kepada Frankie.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia