Utusan Borneo (Sabah)

SK Tigaman sahut seruan perkasa Bahasa Inggeris

-

KOTA MARUDU: Sekolah Kebangsaan (SK) Tigaman sahut seruan Kementeria­n Pendidikan Malaysia dalam memperkasa dan membudayak­an penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua pelajar sekolahnya.

Guru Besar sekolah berkenaan Maidin Awang berkata, pelbagai usaha dilaksanak­an bagi memberi pendedahan tentang kepentinga­n mempelajar­i bahasa Inggeris, salah satunya menerusi program SK Tigaman ‘English In Camp’ yang berlangsun­g selama tiga hari.

“Program ini dikhususka­n untuk pelajar Tahun 3 hingga 6 bertemakan ‘Learn English, Love Nature’ yang dirancang oleh pihak panitia Bahasa Inggeris, untuk menggalakk­an serta menarik minat pelajar mempelajar­i bahasa itu sebagai bahasa kedua.

“Dalam program itu, pelajar yang hadir didedahkan kepada kaedah pembelajar­an dan penguasaan bahasa melalui aktiviti kokurikulu­m serta aktiviti-aktiviti menarik antaranya Language Games, Nature Walk serta Talent Night.

“Diharapkan, program ini mampu mencungkil bakat serta potensi dalam kalangan pelajar ke arah perkembang­an yang lebih positif,” katanya.

Tambah beliau, selain memupuk nilai perpaduan dalam kalangan pelajar, program itu juga diadakan bagi memilih wakil sekolah bagi ‘English in Camp’ peringkat Daerah Kota Marudu untuk tahun 2020.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tandek Datuk

Anita Baranting berkata Bahasa Inggeris perlu dikuasai kerana ia digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang khususnya di peringkat antarabang­sa.

“Usaha yang dijalankan SK Tigaman perlu dicontohi kerana memberi peluang kepada pelajar yang lemah dalam Bahasa Inggeris untuk merasai sendiri pengalaman ‘English in Camp’ di peringkat sekolah dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti menarik,” katanya dalam majlis perasmian penutupan program itu, baru-baru ini.

Tambah beliau, usaha menguasai bahasa berkenaan perlu berterusan dan jangan mudah berputus asa kerana tiada manusia yang dilahirkan lemah dan kejayaan sentiasa mendamping­i orang yang berusaha.

 ??  ?? ALBUM KENANGAN: Para peserta bergambar kenangan selepas tiga hari mengikuti ‘English In Camp’, di SK Tigaman.
ALBUM KENANGAN: Para peserta bergambar kenangan selepas tiga hari mengikuti ‘English In Camp’, di SK Tigaman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia