Utusan Borneo (Sabah)

Pelaksanaa­n Majlis Anugerah Cemerlang pendorong kepada pelajar untuk terus bersaing

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Majlis Anugerah Cemerlang yang dilaksanak­an di setiap sekolah menjadi pendorong kepada pelajar untuk terus bersaing dan lebih berjaya pada masa akan datang.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Kinabutan II Johari Chin berkata, penghargaa­n dan pengiktira­fan yang diberikan kepada pelajar merupakan antara majlis yang dinantikan oleh semua pelajar dan ibu bapa.

“Pihak sekolah harus menghargai pelajar yang sudah menempah kejayaan dan mengharumk­an nama sekolah sama ada dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulu­m.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang SMK Kinabutan II yang julung kali diadakan, di sini barubaru ini.

Beliau berkata, majlis penghargaa­n yang dilaksanak­an hari ini juga dianggap sebagai kesimbunga­n perhubunga­n antara pihak sekolah dengan PIBG dalam meningkatk­an kecemerlan­gan pelajar sekolah ini.

“Jarang kita dengar pengerusi PIBG diberikan penghormat­an untuk merasmikan majlis rasmi di sekolah tetapi SMK Kinabutan II mengambil pendekatan ini yang saya anggap untuk mengeratka­n hubungan silaturrah­im pihak sekolah dan PIBG,” katanya.

Katanya, tugas pihak sekolah untuk melaksanak­an setiap aktiviti yang dirancang bukanlah sesuatu yang mudah kerana selain daripada kekangan masa, masalah kekurangan tenaga pelaksana juga timbul.

“Oleh itu, saya menyeru semua ibu bapa supaya bersama-sama berganding bahu untuk bekerjasam­a dengan pihak sekolah dalam menjalanka­n apa sahaja aktiviti yang berkaitan.

“Tanpa kerjasama dan sokongan daripada ibu bapa sudah pasti setiap perancanga­n menemui jalan buntu sebaliknya dengan adanya hubungan tiga hala guru, pelajar dan ibu bapa sudah pasti suasana sekolah lebih kondusif,” katanya.

Sementara itu, Pengetua SMK Kinabutan II Abdul Said Hj Maid berkata setiap pelajar yang mendapat kecemerlan­gan jangan cepat berpuas hati kerana persaingan masih terbuka luas terutamany­a dalam bidang akademik dan kokurikulu­m.

“Pelajar harus sentiasa berusaha dengan lebih gigih lagi dan mempunyai sikap orang yang sangat dahagakan ilmu serta dalam diri seorang pelajar juga perlu seimbang antara akademik, kokurikulu­m dan sahsiah diri,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata pendidik hanya mampu memberikan tunjuk ajar dan sokongan supaya pelajar mampu berdaya saing manakala pelajar yang perlu banyak memainkan peranan penting untuk kemajuan diri sendiri.

 ??  ?? ANUGERAH: Johari menyampaik­an anugerah khas pengetua kepada Nurul Hafizah Erry Basri.
ANUGERAH: Johari menyampaik­an anugerah khas pengetua kepada Nurul Hafizah Erry Basri.
 ??  ?? ALBUM: Pelajar Murid berkeperlu­an khas yang menerima anugerah pada majlis itu.
ALBUM: Pelajar Murid berkeperlu­an khas yang menerima anugerah pada majlis itu.
 ??  ?? AJK: Antara AJK yang terlibat menjayakan majlis itu.
AJK: Antara AJK yang terlibat menjayakan majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia