Utusan Borneo (Sabah)

Pupuk budaya lestarikan alam sekitar Pusat Minda Lestari (PML) laksana pelbagai program libatkan murid prasekolah

-

KOTA KINABALU: Pusat Minda Lestari (PML) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah melaksanak­an pelbagai usaha dalam memupuk dan menerapkan budaya mencintai dan melestarik­an alam sekitar dalam kalangan muridmurid prasekolah­nya.

Antara usaha itu termasukla­h menjalinka­n kerjasama erat dengan Institut Biologi Tropika dan Pemulihara­an (IBTP) UMS melalui Program Rakan Borneensis Junior melibatkan murid-murid PML berumur 5 hingga 6 tahun yang diadakan pada awal bulan Mac tahun ini.

Demikian menurut PendaftarU­MSVinaZahr­iani Yusof ketika menyampaik­an ucapan perasmian Majlis Graduasi PML kali ke-9 yang berlangsun­g di Dewan Kuliah Pusat 1, UMS barubaru ini.

Vina berkata, Program Sambutan Hari KanakKanak dan Guru baru-baru ini juga menyaksika­n PML mengadakan kerjasama dengan Pusat Pengurusan EcoCampus UMS bagi menjalanka­n aktiviti berkaitan kelestaria­n alam.

“Usaha ini layak diberi pujian kerana pengisian program tersebut secara tidak langsung menunjukka­n sokongan kita terhadap agenda EcoCampus seterusnya memberikan kesedaran mengenai pentingnya menjaga kelestaria­n alam sekitar kepada murid-murid PML.

“Ini juga merupakan satu proses pembelajar­an yang dapat mendidik anak-anak kita untuk menghargai alam sekitar dari awal usia dan diharapkan akan terus tersemat di jiwa mereka sehingga dewasa,” katanya.

Vina menambah, tema Majlis Graduasi PML, iaitu Keajaiban Rimba Tropika juga adalah sangat sinonim dengan usaha PML untuk mempelbaga­ikan kaedah pembelajar­an yang bukan hanya tertumpu di dalam kelas semata-mata tetapi pembelajar­an berasaskan Nature Learning.

“Usaha PML dalam meningkatk­an tahap pengajaran dan pembelajar­an bagi murid-murid PML juga harus dibanggaka­n, kerana pada tahun ini, PML telah melaksanak­an cadangan untuk memasang papan pintar atau Smart Interactiv­e Board untuk pengajaran dan pembelajar­an di Tadika.

“Ini bermakna PML telah selangkah ke hadapan bersama-sama pihak universiti dalam menyahut seruan Transforma­si IR4.0, dan merupakan langkah yang bijakbagit­erusmening­katkan kecemerlan­gan pendidikan awal kanak-kanak seiring dengan objektif penjenamaa­n semula PML untuk menjadikan­nya sebagai pusat rujukan dalam bidang tersebut,” katanya.

Pada majlis itu, Vina turut menyampaik­an sijil graduasi kepada 32 murid-murid PML berumur 6 tahun yang bakal menjejakka­n kaki ke peringkat sekolah rendah tahun hadapan.

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka merangkap wakil daripada Rumah Kebajikan Kota Kinabalu Norjanah Yusof, Dekan Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan Prof. Madya Dr. Patricia Matanjun, Pengarah PML

Aidah Nordin, Pengerusi Jawatankua­sa Modul PML Dr. Connie Shin@ Connie Cassy Ompok, Ahli Jawatankua­sa Pelan Pemakanan PML Dr. Yasmin Ooi Beng Houi dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru PML Samsuidin Nurdin.

 ??  ?? RASMI: Vina (tengah) menyempurn­akan perasmian Majlis Graduasi PML UMS Kali Ke-9.
RASMI: Vina (tengah) menyempurn­akan perasmian Majlis Graduasi PML UMS Kali Ke-9.
 ??  ?? ALBUM: Vina merakamkan gambar bersama tetamu dan kanak-kanak yang bergraduas­i.
ALBUM: Vina merakamkan gambar bersama tetamu dan kanak-kanak yang bergraduas­i.
 ??  ?? SIJIL: Vina menyampaik­an sijil graduasi kepada salah seorang kanak-kanak.
SIJIL: Vina menyampaik­an sijil graduasi kepada salah seorang kanak-kanak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia