Utusan Borneo (Sabah)

Dua biro di bawah ADUN Membakut diwujudkan

-

MEMBAKUT: Bagi memastikan gerakan dakwah dapat dilaksanak­an secara bersepadu dan sistemetik di kawasan ini, Biro Dakwah ADUN Membakut (PADMA) diwujudkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut Datuk Haji Mohd Arifin Arif berkata, biro ini bertindak sebagai perancang dan pelaksana program dan aktiviti dakwah dan pembanguna­n ummah yang bakal dilaksanak­an sepanjang tahun.

“Jawatankua­sa ini akan membincang­kan dan memperinci­kan kegiatan dakwah di daerah ini bermula dengan kegiatan sempana Maulidur Rasul di peringkat kariah dan program-program dakwah pada tahun depan antaranya Bulan Dakwah Membakut dan Mahrajan Persuratan dan Kesenian Nusantara kali ke9,” katanya ketika ditemui selepas mempengeru­sikan mesyuarat biro berkenaan di Kampung Pimping di sini kelmarin.

Menurut beliau melalui biro ini segala perancanga­n dan pelaksanaa­n programpro­gram berbentuk dakwah dan pembanguna­n ummah akan diselarask­an mengikut keperluan semasa.

Selain itu menurut Arifin yang juga pengerusi Penaja BERSATUBah­agianKiman­is selain PADMA satu lagi biro di bawah ADUN iaitu Biro Pembanguna­n Pendidikan DUN Membakut (PRISMA) juga turut dibentuk.

Katanya selari dengan aspirasi beliau untuk menjadikan daerah Membakut sebagai daerah ilmu dalam mengisi gagasan ‘Membangun dengan Ilmu’, biro ini akan meneliti segala perancanga­n dan keberkesan­an programpro­gram pendidikan baik yang telah dilaksanak­an dan yang akan dilaksanak­an.

“Biro ini akan meneliti keberkesan­an program pendidikan yang telah kita laksanakan agar setiap program memberikan impak positif kepada usaha menjana kecemerlan­gan pendidikan di daerah ini tanpa mengira kaum dan agama,” katanya.

 ??  ?? JAWATANKUA­SA: Arifin (tengah) bersama jawatankua­sa Biro Dakwah ADUN Membakut.
JAWATANKUA­SA: Arifin (tengah) bersama jawatankua­sa Biro Dakwah ADUN Membakut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia