Utusan Borneo (Sabah)

Penubuhan MPKKP di Sarawak satu pembaziran

MPKKP ditubuh PH bertindih dengan peranan JKKK yang telah diwujudkan sejak 20 tahun lalu

- Oleh Andy Sabang AMANAT: Wong semasa berucap pada majlis berkenaan kelmarin.

SIBU: Penubuhan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutua­n (MPKKP) di Sarawak merupakan satu pembaziran.

Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Dudong Wong Ching Yong menegaskan, MPKKP yang ditubuhkan Pakatan Harapan (PH) juga bertindih dengan peranan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) yang telah diwujudkan sejak 20 tahun lalu.

Katanya, peranan MKKP bukan sahaja tidak diiktiraf malah ia antara punca yang akan menyebabka­n berlakunya pecah belah dalam kalangan masyarakat setempat.

“(Penubuhan) MPKKP merupakan pembaziran terhadap wang rakyat (hasil cukai) kerana pengerusi setiap MPKKP menikmati gaji sebanyak RM500 sebulan dan setiausaha diberikan RM300 sebulan,” katanya.

Wong berkata demikian ketika berucap semasa berkunjung ke Rumah

Chendang di Sungai Assan, di sini kelmarin.

Sehubungan itu Wong menyerus rakyat negeri ini khususnya penduduk Rumah Chendang agar bersatu dan menyokong kepimpinan Ketua Menteri

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Jelasnya, Pilihan Raya Negeri akan datang merupakan ibu segala pilihan raya yang membabitka­n pertempura­n parti-parti Malaysia Barat dan Gabungan

Parti Sarawak (GPS) yang terdiri daripada parti politik tempatan seperti PBB, SUPP, PRS dan PDP.

“Rakyat Sarawak harus menyokong parti tempatan kerana hanya parti politik tempatan sahaja yang benarbenar dapat melindungi dan memahami sepenuhnya hak rakyat Sarawak, termasuk semua keistimewa­an yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Bercakap lanjut, Wong akan berusaha menyelesai­kan masalah setempat jika beliau dipilih sebagai wakil rakyat kawasan tersebut.

Terdahulu Tuai Rumah Chendang dalam ucapannya meminta Wong menyelesai­kan tiga isu utama yang sering dihadapi anak buahnya.

Isu pertama ialah berkaitan banjir yang sering melanda rumah panjang beliau terutama pada musim hujan di mana kedalaman air banjir mencecah sehingga tiga kaki.

Chendang juga meminta jambatan kayu yang dibina pada 1970-an di Sungai Assan bagi menghubung­kan sebuah sekolah ke segenap penjuru kawasan tersebut dibaik pulih.

Pada majlis yang sama, beliau berharap Wong selaku pengerusi SUPP Cawangan Dudong memanjangk­an permohonan­nya kepada Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) bagi membina tandas awam.

Kebelakang­an ini katanya, pelancong dari luar bandar Sibu yang berkunjung ke Sungai Assan meminta supaya lebih banyak tandas awam moden dibina.

(Penubuhan) MPKKP merupakan pembaziran terhadap wang rakyat (hasil cukai) kerana pengerusi setiap MPKKP menikmati gaji sebanyak RM500 sebulan dan setiausaha diberikan RM300 sebulan.

Wong Ching Yong

Pengerusi SUPP Dudong

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia