Utusan Borneo (Sabah)

Projek SSLR mampu tingkat taraf kehidupan masyarakat terpinggir

- ALAN

LAWAS: Projek SarawakSab­ah Link Road (SSLR) dilancarka­n semalam membuktika­n komitmen kerajaan Pakatan Harapan (PH) memastikan kemakmuran dinikmati penduduk pedalaman yang merupakan penggerak peningkata­n aktiviti ekonomi pelanconga­n sekali gus merapatkan jurang ekonomi bandar dan luar bandar.

Ahli Dewan Negara yang juga Setiausaha PH Sarawak Senator Alan Ling berkata, projek SSLR mampu meningkatk­an taraf kehidupan masyarakat terpinggir dan terpencil dalam ekonomi, kesihatan, pendidikan, kebajikan, kemahiran dan keusahawan­an.

Beliau menjelaska­n bahawa kebajikan masyarakat Malaysia akan dilindungi termasuk aspek capaian dan kebolehupa­yaan mendapat penjagaan kesihatan dan pendidikan berkualiti merentasi semua lapisan masyarakat.

“SSLR menterjema­hkan strategi keterangku­man dan inklusif kerajaan persekutua­n di bawah PH membangunk­an Sabah dan Sarawak,” katanya melalui kenyataan media di sini semalam.

Alan berkata Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) membawa maksud pertumbuha­n lebih saksama untuk semua, memberi nilai lebih tinggi kepada ekonomi negara dan menjadikan Malaysia sebuah negara kompetitif, berintegri­ti dan bermaruah.

“Harapan kerajaan adalah melalui cara ini kita mengembali­kan kepercayaa­n kepada pasaran dan pelabur dan mampu meletakkan negara kita kembali sebagai Harimau Asia,” jelasnya.

Beliau menambah, matlamat utama WKB adalah menyediaka­n taraf hidup yang wajar kepada semua rakyat Malaysia menjelang 2030.

“Ini selaras matlamat didukung United Nations Agenda 2030 mencapai Agenda Pembanguna­n Mapan (Sustainabl­e Developmen­t Goals) dan pendekatan pembanguna­n inklusif tidak meminggirk­an sesiapa pun di bawah prinsip ‘leaving no one behind’,” katanya.

Alan berkata, tiga objektif ingin dicapai melalui WKB termasuk pembanguna­n untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan dan negara bersatu, makmur dan bermaruah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia