Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat Islam, bukan Islam dialukan meriahkan sambutan Maulidur Rasul

-

KUCHING: Masyarakat Islamdanbu­kanIslamdi­negeri ini dialu-alukan memeriahka­n Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri pada 8 dan 9 November di sini.

Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, sambutan Maulidur Rasul kali ini dimulakan dengan majlis kesyukuran dan zikir maulid pada 8 November di Masjid Jamek Negeri Sarawak bermula jam 6 petang

Sementara pada keesokan paginya kata beliau, perhimpuna­n dan perarakan diadakan di Padang Merdeka, di sini.

“Kedua-dua majlis ini akan dihadiri Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bersama isteri, Datin Patinggi DatukAmarJ­uma’aniTuanku Bujang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri bertemakan Ummah Gemilang di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Dr Abdul Rahman berkata, tujuan sambutan itu diadakan bagi memperinga­ti kembali peristiwa kelahiran Nabi Muhammad SAW selain mengukuhka­n perpaduan dan silturahim masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.

“Oleh itu, saya menggalakk­an orang ramai termasuk masyarakat bukan Islam memberi sokongan dan turut mengambil bahagian dalam program tersebut,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai perhimpuna­n dan perarakan Maulidur Rasul, Dr Abdul

Rahman yang juga Menteri Muda Bekalan Air berkata, setakat ini, sebanyak 267 kontinjen melibatkan 10,436 peserta akan menyertai perarakan itu yang diadakan bermula jam 7 pagi.

“Ini kali pertama kita adakan majlis ini dengan peserta melebihi 10,000 orang. Penyertaan masih terbuka dan saya pasti jumlah ini akan bertambah daripada(jumlah) sedia ada.

“Sebanyak 10 kategori akan terlibat dalam majlis ini iaitu jabatan atau agensi kerajaan, badan-badan berkanun, firma swasta, syarikat atau institusi kewangan, masjid atau surau, Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK), persatuan, kelab dan pertubuhan, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, pusat kemahiran dan sekolah menengah, sekolah kebangsaan, pasukan berunifor, kumpulan hadrah dan kategori khas untuk masyarakat bukan Islam,” jelasnya. Memandangk­an penyertaan yang ramai katanya, perarakan akan dibahagika­n kepada dua laluan melibatkan kawasan kampung dan bandar.

“Laluan kampung dengan jarak 4.2 kilometer (km) merangkumi kawasan seperti Kampung Bandarshah, Kampung No.2 dan Masjid Bahagian Kuching manakala laluan bandar sepanjang 3.5km merangkumi Jalan McDougall, Tebingan Kuching dan Padang Merdeka,” ujarnya.

Selain itu katanya, acara sampingan lain seperti pertanding­an berzanji dan qasidah, bicara berirama (Sirah Nabi), forum perdana dan ceramah sempena Mauludur Rasul turut diadakan di beberapa lokasi di bandar raya ini, sepanjang November ini.

 ??  ?? LALUAN: Dr Abdul Rahman menunjukka­n peta laluan bagi perhimpuna­n dan perarakan Maulidur Rasul sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri pada sidang media semalam.
LALUAN: Dr Abdul Rahman menunjukka­n peta laluan bagi perhimpuna­n dan perarakan Maulidur Rasul sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri pada sidang media semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia