Utusan Borneo (Sabah)

25 pelajar Curtin tamatkan latihan industri bersama Shell

-

MIRI: Sarawak Shell Berhad (SSB) dan Curtin University Malaysia (Curtin Malaysia) kelmarin menamatkan latihan industri ‘Immersion Modules’ untuk 25 pelajar dengan mengadakan dialog industri di kampus Curtin Malaysia.

Para peserta merupakan pelajar jurusan kejurutera­an kimia, kejurutera­an pembinaan dan awam, kejurutera­an elektronik dan elektrikal, kejurutera­an mekanikal, kejurutera­an petroleum, geologi aplikasi, sistem komputer dan jaringan.

Program yang bermula Ogos lalu adalah susulan memorandum persefaham­an (MoU) yang dimeterai antara SSB dan Curtin Malaysia pada April lepas.

Berucap pada majlis tersebut, Pengurus Besar SSB Jill Chieng yang mewakili Naib Presiden Shell Malaysia Upstream Simon Durkin berkata, projek itu direka untuk memberi pengalaman sebenar bekerja dalam sektor minyak dan gas kepada bakal jurutera.

“Modul ini menyediaka­n pelajar menempuhi pengalaman sebagai persiapan bekerja di pelbagai syarikat multinasio­nal.

“Projek ini membawa kita bekerja seiring dengan jurutera masa depan, jadi kita boleh menjadi salah satu pemandu yang kuat dalam menyampaik­an rancangan Malaysia untuk mempercepa­t pembanguna­n modal insan negara maju,” katanya.

Pro Naib Canselor Curtin Malaysia Profesor Jim Mienczakow­ski berkata, peluang mendapatka­n latihan dan bekerja di bawah seliaan kakitangan SSB adalah pengalaman yang amat berharga kepada pelajar.

“Merekadapa­tmenerapka­n amalan kerja yang amat bermanfaat apabila mereka melangkah ke dunia pekerjaan sebenar nanti.

“Kejayaan modul itu adalah testimoni perkongsia­n strategik antara Shell dan Curtin untuk memudahkan pembinaan kapasiti pelajar dan perkongsia­n ilmu pengetahua­n,” katanya.

Majlis tersebut turut menyaksika­n penyampaia­n anugerah kepada enam pelajar cemerlang dalam modul tersebut iaitu Harsha Settinayak­e Abdul Rasyid, Britney Chong Ting Yen, David Ha Heng Lee, Kuscera Youngblood, Armand Zain dan Kaylene Anjek.

Sesiterseb­utdiakhiri­dengan dialog industri ‘Graduate Employabil­ity’ antara Chieng, Timbalan Pro Naib Canselor Curtin Malaysia Profesor Beena Giridharan, TalentCorp Industry Azliyah Mohd Ali dan Pengurus Besar Kanan Petronas Carigali SKO Senior Morris Mail sebagai ahli panel.

 ??  ?? TAHNIAH: Chieng dan Mienczakow­ski (empat dan lima kanan) bersama pelajar terbaik‘Immersion Modules’ yang disampaika­n sempena majlis penutupan program itu di Curtin Malaysia.
TAHNIAH: Chieng dan Mienczakow­ski (empat dan lima kanan) bersama pelajar terbaik‘Immersion Modules’ yang disampaika­n sempena majlis penutupan program itu di Curtin Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia