Utusan Borneo (Sabah)

Dakwaan nelayan dijanjikan wang ihsan RM1,000 disiasat: Salahuddin

Dakwaan tersebut perlu diteliti kerana ia melibatkan sumber dana atau peruntukan

-

PONTIAN: Dakwaan bahawa nelayan di Tanjung Piai akan diberikan wang ihsan sebanyak RM1,000 kerana pernah dijanjikan sebelum ini, perlu disiasat dan disemak terlebih dahulu, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Beliau berkata dakwaan tersebut perlu diteliti kerana ia melibatkan sumber dana atau peruntukan sama ada dari kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri.

“Saya akan mendapatka­n maklumat dan semakan lanjut dengan Menteri Besar. InsyaAllah saya akan hubunginya segera. Kami bincang dulu, kami ambil maklum isu ini dan akan cuba segera tangani dan selesaikan­nya,” kata Ahli Parlimen Pulai itu kepada pemberita selepas program ramah mesra di Pasar Pagi Serkat, kira-kira 30 minit dari sini semalam.

Salahuddin mengulas laporan media yang memetik dakwaan segelintir masyarakat nelayan di Tanjung Piai bahawa wang sagu hati atau wang ihsan yang pernah dinikmati sejak 2016, masih belum diterima sehingga kini.

Dakwaan itu antara lain menyebut nelayan telah diberikan wang ihsan sebanyak RM2,000 pada zaman pemerintah­an Barisan Nasional (BN) sebelum dijanjikan RM1,000 oleh kerajaan Pakatan Harapan ketika ini.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata jika dakwaan itu benar, pihaknya pasti kerajaan negeri mahupun pusat tiada masalah untuk memberikan peruntukan tersebut kepada senarai nelayan yang ditentukan persatuan nelayan selepas proses pemutihan.

“Jumlah nelayan yang layak menerimany­a, akan diberikan persatuan nelayan berdasarka­n pemutihan. Jika benar dakwaan, pastinya akan diberikan pampasan, jumlah ditentukan kemudian.

“Tempoh pemberian jika benar dakwaan, seharusnya jika tiada masalah boleh dilakukan secepat mungkin. Apa-apa pun kita kena berbincang dan semak dulu.

Takut salah beri, salah fakta, kena tengok juga sumber peruntukan dari mana dan ke mana,” tegasnya.

Terdahulu, Salahuddin meluangkan masa beramah mesra, menikmati sarapan pagi selain diajak bergambar bersama warga sekitar di pekan Serkat yang semakin menjadi tumpuan berikutan Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai 16 November ini.

Kerusi Parlimen Tanjung

Piai sebelum ini disandang Allaharyam Datuk Dr Md Farid Md Rafik yang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), mewakili Bersatu memenangi kerusi Parlimen itu dengan memperoleh 21,255 undi menewaskan bekas penyandang Wee Jeck Seng (20,731 undi) dan calon PAS Nordin Othman (2,962 undi).

Dr Md Farid, 42, meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada 21 September lalu. — Bernama

Jumlah nelayan yang layak menerimany­a, akan diberikan persatuan nelayan berdasarka­n pemutihan. Jika benar dakwaan, pastinya akan diberikan pampasan, jumlah ditentukan kemudian.

Datuk Seri Salahuddin Ayub Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH MESRA: Salahuddin (dua kanan) beramah mesra dengan calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (tiga kanan) ketika turun padang untuk berkempen bagi PRK Parlimen Tanjung Piai di Pasar Pagi Pekan Serkat Laut dekat Pontian, semalam.
— Gambar Bernama RAMAH MESRA: Salahuddin (dua kanan) beramah mesra dengan calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (tiga kanan) ketika turun padang untuk berkempen bagi PRK Parlimen Tanjung Piai di Pasar Pagi Pekan Serkat Laut dekat Pontian, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia