Utusan Borneo (Sabah)

KPDNHEP: 30 peratus produk PKS di pasar raya ditambah baik

-

KUALA LUMPUR: Garis panduan yang menetapkan sebanyak 30 peratus produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dijual di pasar raya besar dikaji untuk ditambah baik bagi menyemarak­kan Kempen Beli Barangan Malaysia.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Muez Abd Aziz berkata ia bagi memastikan garis panduan yang telah disediakan sejak 2010 itu dapat dilaksanak­an sepenuhnya sekali gus membantu pelaksanaa­n kempen berkenaan.

“Kami juga berbincang dengan mereka (pasar raya besar) supaya kos penyenarai­an dikurangka­n atau dikecualik­an bagi memudahkan laluan usahawan PKS untuk pasarkan produk mereka,” katanya dalam temu bual khas di Wisma Bernama.

Pada masa yang sama pihaknya juga bekerjasam­a dengan pasar raya besar di negara ini yang mempunyai rangkaian di luar negara untuk mempromosi­kan produk keluaran Malaysia bagi membolehka­n ia lebih dikenali ramai.

Beliau berkata kementeria­nnya juga menerima kerjasama baik daripada pengendali perkhidmat­an e-dagang di negara ini yang secara kolektif sama-sama membantu dan menyokong hasrat kerajaan dalam menjayakan kempen itu.

“Sokongan yang diberikan tidak hanya terhad kepada mempromosi dan menjual produk buatan tempatan di platform dalam talian masing-masing sebaliknya turut menawarkan insentif menarik kepada pengusaha produk buatan tempatan.

“Inisiatif kementeria­n ini mendapat kerjasama yang cukup baik daripada marketplac­e seperti Shopee, Lazada, ROKKI.com dan OurShop bagi pelaksanaa­n kempen ini,” katanya.

Jelas Muez orang ramai seharusnya membuang stigma bahawa barangan tempatan sebagai tidak berkualiti dibandingk­an produk import memandangk­an secara relatifnya terdapat banyak produk tempatan yang berjaya melepasi pasaran antarabang­sa setiap tahun.

Beliau berkata industri pengeluara­n di negara ini menyumbang sekitar 28 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Ia jumlah yang agak besar jadi sebab itu kami nak rakyat yakin dengan produk buatan tempatan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia