Utusan Borneo (Sabah)

KPWKM sokong ibu bapa dikenakan tindakan jika abai kebajikan anak

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyokong bagi mengenakan tindakan undang-undang terhadap ibu bapa yang tidak menjaga kebajikan anakanakny­a.

Timbalan menterinya, Hannah Yeoh berkata selaras dengan peruntukan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, tindakan itu wajar dilaksanak­an supaya ibu bapa lebih mengambil berat mengenai kebajikan anak mereka.

“Dalam Akta KanakKanak memang sudah ada peruntukan kalau ibu bapa mendedahka­n anak kepada risiko seperti ini (basikal lajak) atau terdapat isu pengabaian, ataupun ibu bapa tidak menjaga anak dengan teliti, tindakan boleh diambil.

“Jika ada isu kebajikan kanak-kanak tidak dijaga dengan baik, kami (kementeria­n) memang menyokong penggunaan akta ini dikuatkuas­akan supaya kebajikan kanakkanak diambil serius oleh ibu bapa,” katanya selepas merasmikan bengkel Good Enough Parenting (GEP), semalam.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias semalam bahawa ibu bapa boleh dikenakan tindakan undang-undang jika anak mereka terlibat dengan aktiviti basikal lajak sehingga mengundang bahaya kepada diri dan pengguna jalan raya lain.

Bagaimanap­un, Hannah berkata ibu bapa tidak boleh dipersalah­kan sepenuhnya kerana terdapat situasi anakanak masih tidak mendengar kata walaupun sudah dimarahi dan didisiplin­kan, sekali gus penting jika ibu bapa melengkapk­an diri dengan kemahiran keibubapaa­n.

Beliau juga meminta ibu bapa yang mempunyai masalah komunikasi dengan anak untuk menghubung­i Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) di seluruh Malaysia bagi mendapatka­n bantuan kaunseling dan kursus keibubapaa­n.

“Ada ramai yang tidak tahu bagaimana membesarka­n anak remaja atau menghentik­an ketagihan gajet. Oleh itu, kita perlu memberi kemahiran kepada ibu bapa. Semua masalah sosial selalunya bermula dengan masalah kelemahan di rumah,” katanya.

Sempena dengan majlis semalam, bengkel GEP yang dianjurkan HOPE Worldwide Malaysia dengan kerjasama LPPKN akan melatih peserta untuk menyediaka­n panduan kepada ibu bapa bagi memenuhi keperluan emosi teras anak-anak mereka.

Program bermula 5 hingga 7 Nov itu melibatkan 43 peserta yang terdiri daripada jurulatih daripada LPPKN, pegawai-pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat serta wakil daripada Institut Sosial Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia