Utusan Borneo (Sabah)

Serangan peribadi bukan cara saya: Karmaine

-

PONTIAN: Pakatan Harapan (PH) tidak sekali-kali akan menggunaka­n strategi ‘serangan peribadi’ dalam kempen, hanya kerana mahu memenangi hati rakyat dan mempertaha­nkan kerusi Parlimen Tanjung Piai pada Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen itu.

Meskipun menjadi mangsa ‘serangan peribadi’ oleh pembangkan­g, calon PH Karmaine Sardini, 66, bertekad tidak akan berbuat demikian, sebaliknya memastikan kempen beliau menjanjika­n satu ‘pertanding­an yang sihat’.

Tidak sampai dua jam selepas diumumkan menjadi calon PH, Ketua Bahagian Bersatu Tanjung Piai itu bukan sahaja diperli sebagai ‘calon tua’, malah Diploma Lanjutan dalam Senibina yang diterima beliau dari Institut Teknologi Mara pada tahun 80-an turut dituduh palsu.

“Bila diserang mengenai kelulusan saya, banyak kawan yang membela saya, termasuk bekas bos saya sendiri. Yang perlu buktikan bukan saya tetapi orang yang menuduh itu.

“Bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Roslin Husin sendiri turut keluarkan kenyataan dan mengesahka­n saya pernah bekerja di bawahnya sebagai arkitek di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, pada ketika itu dia Ketua Pengarah. Jadi bila isu ini terjawab, dah tak keluar lagi (dakwaan sebegitu),” kata beliau dalam satu temu ramah bersama Bernama, di sini.

Bagi beliau, seorang ahli politik kena bersifat terbuka dan matang, serta tidak cepat melatah dengan sebarang ‘serangan peribadi’.

Yang paling penting, beliau sendiri tidak akan menggunaka­n strategi yang sama untuk melawan lawannya.

“Saya tak pernah selidik (latar belakang) mereka (calon-calon lain),” katanya.

Ditanya mengenai strategi PH untuk menawan 17 daripada 27 Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang gagal ditawan ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU), Karmaine berkata penting untuk berjumpa dengan semua pengundi bagi menjelaska­n PH adalah parti yang memerintah.

“Usaha kita sedang lakukan untuk mengekalka­n kawasan yang kita menang..dalam masa yang sama berusaha untuk menawan pengundipe­ngundi di 17 PDM yang lain..jadi kita akan berjumpa dengan semua pengundi dalam masa kempen ini,” kata beliau.

Karmaine menghadapi pertanding­an enam penjuru melawan calon Barisan Nasional daripada MCA Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, selain calon Gerakan Wendy Subramania­m dan Presiden Parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) Datuk Dr Badhrulhis­ham Abdul Aziz; serta dua calon bebas, Dr Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abdul Ghaffar.

Pengundian bagi PRK Tanjung Piai akan diadakan pada 16 November. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWAT: Karmaine (dua kiri) bersama Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dr Mohd Radzi Md Jidin (tiga kiri) beramah mesra dengan para peniaga Pasar Pagi Pekan Serkat Laut pada kempen PRK Parlimen Tanjung Piai dekat Pontian, semalam.
— Gambar Bernama LAWAT: Karmaine (dua kiri) bersama Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dr Mohd Radzi Md Jidin (tiga kiri) beramah mesra dengan para peniaga Pasar Pagi Pekan Serkat Laut pada kempen PRK Parlimen Tanjung Piai dekat Pontian, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia