Utusan Borneo (Sabah)

DKN: Program, kempen kebersihan lebih teratur, menyeluruh

-

KUALA LUMPUR: Pelaksanaa­n Dasar Kebersihan Negara (DKN) membolehka­n program dan kempen yang dirancang bagi meningkatk­an kesedaran masyarakat berhubung perkhidmat­an pengurusan sisa pepejal dan pembersiha­n awam dapat dilaksana dengan lebih teratur dan menyeluruh.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam (SWCorp) Ismail Mokhtar berkata SWCorp sebagai sebuah agensi pelaksana DKN, sedang menjalanka­n program dan kempen yang akan terus diperkasa meliputi pelbagai peringkat masyarakat bagi merealisas­ikan dasar itu.

“Misalnya, fasa pertama Latihan Dual Nasional telah dilaksanak­an melibatkan syarikat konsesi di wilayah utara pada September lepas yang mana pekerja syarikat konsesi dikehendak­i menjalani latihan kemahiran bagi meningkatk­an tahap kemahiran dan kompetensi,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata antara program dan kempen lain yang telah direncanak­an ialah pembanguna­n modul komuniti dan sukarelawa­n, pendidikan kepada warga asing bagi menerapkan budaya kebersihan persekitar­an, program bank kitar semula selain Kempen ‘Value Food No Waste’ dan Kempen #Janganguna­lah.

DKNyangdil­ancarkanAh­ad lepas adalah sebagai garis panduan bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersih dalam usaha mencapai taraf negara maju dengan memberi tumpuan kepada kebersihan, kesejahter­aan hidup dan kelestaria­n alam sekitar.

Dasar itu memfokuska­n lima kluster, iaitu kesedaran mengenai kebersihan; kelestaria­n alam sekitar; ekonomi kitaran; tadbir urus dan penguatkua­saan serta modal insan yang berkualiti dan berkemahir­an.

Ismail berkata bagi meningkatk­an mutu perkhidmat­an pekerja syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal dan pembersiha­n awam, SWCorp telah melaksanak­an pengiktira­fan skimterbai­kyangmanap­restasi pekerja konsesi akan dinilai dan diberikan pengiktira­fan sewajarnya berdasarka­n pencapaian kriteria yang ditetapkan.

“Selain itu, perkhidmat­an yang dijalankan oleh syarikat konsesi perlu mematuhi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan dalam perjanjian konsesi. Sebarang ketidakpat­uhan akan dikenakan penalti,” jelasnya.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat Sahabat Alam Malaysia S. Mageswari berkata dalam memastikan kejayaan pelaksanaa­n dasar itu, ia harus diperkukuh dengan pendidikan dan penguatkua­saan ke atas individu yang terlibat mencemarka­n alam sekitar.

“Kita perlu menjadi pengguna yang bijak dan pada masa sama menuntut pengeluar dan peruncit supaya lebih sedar, beretika dan berubah menjadi lebih baik,” katanya.

Tambah beliau, dari segi kitar semula, kerajaan perlu memastikan bahawa industri kitar semula adalah tidak mencemarka­n dan dijalankan dengan selamat.

Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Alam Sekitar Universiti­PutraMalay­siaDrMohd YusoffIsha­kpulaberka­taDKN harus diperkemas­kan dengan hala tuju yang lebih jelas.

Beliau berkata bagi memastikan dasar ini berjaya dilaksanak­an, Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) boleh mengamalka­n kempen kebersihan secara berterusan.

“Namun, KPKT perlu menilai semula keberkesan­an kempen itu, perlu diingatkan, kitar semula telah diperkenal­kan sejak 1989 lagi, tetapi apa hasilnya sekarang?” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia